Stadium Shah Alam Dijangka Dirobohkan Pada September Atau Oktober Ini
SHAH ALAM — Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, memaklumkan bahawa proses perobohan Stadium Shah Alam bakal bermula pada September atau Oktober ini, lapor Stadium Astro.
Katanya, meskipun ia bermula sedikit lewat dari yang dijadualkan, namun projek itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2026.
“Kita terpaksa ambil masa, sepatutnya bulan ini untuk mula perobohan tetapi kita hendak bincang supaya dapat harga yang lebih baik dengan syarikat yang akan membina kawasan ini.
“Sekarang ini proses penghantaran permohonan Kebenaran Merancang (KM) sudah dilakukan.
“Perobohan bukan bulan ini (Jun), perobohan memerlukan KM sebab ini adalah struktur besar..kalau hendak roboh bukan mudah sebab segala proses perlu dilihat. Perobohan dijangka September atau Oktober nanti.
“(Kompleks) tetap akan siap pada tahun 2026 iaitu mula awal 2026 dan (siap) suku ke tiga tahun 2026,” katanya.
Dalam pada itu, beliau hadir memberikan sumbangan RM500 kepada semua pemandu e-hailing khususnya di negeri Selangor bersempena Program Selangor Youth Festival 2023.
Sebelum ini, proses perobohan stadium tersebut dijadualkan pada bulan ini namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.
Reka Bentuk Baharu Stadium
Terdahulu, Menteri Besar Selangor itu memuat naik reka bentuk cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu.
Menerusi Tweet milknya, pendedahan reka bentuk KSSA diperoleh dalam satu taklimat yang diadakan.
Stadium baharu yang dicadangkan mempunyai kapasiti sekitar 35 ribu dan turut mengekalkan simbolik rekabentuk Stadium Shah Alam ketika ini. https://t.co/b0GLcsBLCD
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) September 30, 2022
Projek KSSA
Sementara itu, Bernama melaporkan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) telah dilantik sebagai pemaju membentangkan reka bentuk KSSA itu.
Difahamkan, pembinaan stadium baharu itu nanti mampu menampung 35,000 kapasiti penonton.
BACA JUGA: Tak Setuju Roboh Stadium Shah Alam, Zamsaham Ada Cadangan Lebih Baik
Walaupun stadium berkenaan bakal dirobohkan, namun ia masih mengekalkan simbolik seni bina Stadium Shah Alam sedia ada.
Maklum pemaju, projek tersebut bakal bermula pada tahun tahun ini namun kosnya tidak didedaahkan. Projek berkenaan dijangka menelan masa antara tiga hingga empat tahun untuk siap sepenuhnya.
KSSA juga merangkumi pembinaan fasiliti komersial dan kemudahan awam lain seperti hotel dan taman-taman di atas tanah seluas 80 ekar.
Pembinaan semua kemudahan tersebut secara langsung akan memberi pulangan kepada pihak pengurusan stadium.
Sumber: Stadium Astro