Siakap Keli

Mirip Stadium Shah Alam, MB Selangor Dedah Reka Bentuk Stadium Baharu, Boleh Muat Hingga 35k Penonton

Mirip Stadium Shah Alam, MB Selangor Dedah Reka Bentuk Stadium Baharu, Boleh Muat Hingga 35k Penonton

Menteri Besar Selangor, Saudara Amirudin Shari melalui Twiter rasminya sebentar tadi berkongsi reka bentuk cadangan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang baharu.

Berdasarkan Tweet berkenaan, reka bentuk berkenaan didedahkan menerusi satu taklimat yang diadakan petang tadi.

Menerusi laporan BERNAMA, reka bentuk bentuk KSSA itu dibentangkan oleh pemaju yang dilantik iaitu Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Ujarnya lagi, menerusi cadangan tersebut, stadium baharu yang bakal dibina nanti mempunyai kapasiti sehingga 35,000 tempat duduk. Lebih menarik, pembinaannya akan mengekalkan simbolik rekaan Stadium Shah Alam yang sedia ada.

Bagaimanapun katanya, orang ramai digalakkan menghantar maklumbalas berhubung projek berkenaan kepada pihaknya.

Mereka boleh berbuat demikian dengan menghantar email kepada [email protected]. Bagi memudahkan orang ramai melihat sendiri reka bentuk kompleks sukan tersebut, satu pameran juga akan dibuat nanti.

Projek pembinaan KSSA dijangka bermula pada awal tahun hadapan, bagaimanapun kos pembinaan tidak didedahkan. Pihak pemaju menjangkakan projek berkenaan akan menelan masa diantara tiga hingga ke empat tahun untuk disiapkan.

Selain stadium baharu yang menjadi tumpuan utama, KSSA juga merangkumi pembinaan fasiliti komersial dan kemudahan awam lain seperti hotel dan taman-taman di atas tanah seluas 80 ekar. Pembinaan semua kemudahan tersebut secara langsung akan memberi pulangan kepada pihak pengurusan stadium.

BACA: Ejen Kosmetik Diculik Berjaya Diselamatkan, Dibawa Pulang Ke Malaysia Hari Ini – Ketua Polis Negara

Sumber: Twitter MB Selangor

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.