Siakap Keli
buaya 10 kaki
Gambar: Pesky Critters

Buaya 10 Kaki Ditangkap Ketika Sedang Berenang Dalam Kolam Rumah Penduduk

Buaya 10 Kaki Ditangkap Ketika Sedang Berenang Dalam Kolam Rumah Penduduk

Seekor buaya besar dikesan sedang berenang di dalam kolam milik seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Menurut Daily Mail, pegawai hidupan liar menerima panggilan kira-kira jam 2 pagi pada 11 Jun lalu daripada pemilik rumah di Plantation Key di Mile Marker.

Difahamkan, buaya berukuran 10 kaki itu ditemui di dalam kolam belakang rumah berkenaan.

Susulan itu, Pakar Kawalan Hidupan Liar, Pesky Critters selaku Ejen Buaya FWC telah dihantar  ke lokasi kejadian.

Sementara itu, reptilia yang berwarna hitam itu boleh dilihat di dalam kolam yang bercahaya biru dan agak terganggu dengan kehadiran manusia di situ.

Dua Pakar Menangkap Buaya

Sampai di lokasi kejadian, salah seorang pakar mencuba untuk mengeluarkan buaya itu dari hujung kolam, tetapi tidak berjaya.

Beberapa percubaan dilakukan bagi menarik buaya itu keluar.

 “Kini, kawasan kolam sangat licin disebabkan percikan air yang dilakukan oleh buaya,” katanya.

Dalam pada itu, mereka cuba mengangkatnya keluar sekali lagi dan ia berjaya dilakukan. Mulut buaya itu diikat bagi memastikan ia tidak menyerang mereka.

Ketika buaya dikeluarkan, haiwan itu  menterbalikkan badannya berulang-ulang kali.

Bagaimanapun, salah seorang pakar naik ke belakang buaya untuk menstabilkannya supaya ia tidak boleh bergerak lagi.

Setelah melihat buaya itu, mereka berdua bersetuju bahawa haiwan itu lebih besar daripada yang dijangkakan.

Buaya Dilepaskan Ke Kawasan Yang Selamat

Dalam pada itu, mereka telah dibantu oleh pegawai Daerah Monroe untuk memindahkan buaya ke lokasi yang selamat dan membebaskannya.

Video tangkapan buaya itu telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Buaya Amerika Spesis Terancam

Buaya di AS dilindungi sebagai spesies terancam oleh Akta Spesies Terancam Persekutuan.

Haiwan ini biasanya ditemui di kawasan sekitar pantai selatan Florida. Ia tinggal di kawasan payau atau air masin, dan juga boleh ditemui di kolam, teluk, dan anak sungai di paya bakau.

Buaya Amerika sebenarnya dikenali sebagai salah satu spesies buaya yang paling jinak dan akan cuba untuk mengelakkan sentuhan dengan manusia.

Manakala, buaya yang tinggal di Afrika dan Australia dikatakan lebih agresif.

BACA JUGA : Minum Air Diberi Oleh Jiran, Budak 3 Tahun Dilapor Positif Dadah

Sumber: Daily Mail 

Ezzatul Syafiqah