Ini Salah Satu Sebab Ramai Tukar Dari Enterprise Kepada Sdn Bhd
Mesti anda pernah dengar kan sesebuah syarikat perniagaan pasti nama belakang berakhir sama ada dengan “Enterprise” ataupun “Sdn Bhd”.
Kebanyakan syarikat lebih memilih untuk menggunakan nama Sdn Bhd dan kita dapat melihatnya sewaktu keluar ke mana-mana sahaja.
Namun, adakah anda pernah terfikir sebab mengapa ramai lebih memilih Sdn Bhd daripada Enterprise? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian anasrashid.arco di bawah.
Dari Enterprise kepada Sdn Bhd
Dalam video berdurasi seminit 35 saat itu, Anas menjelaskan ramai memilih untuk bertukar dari Enterprise ke Sdn Bhd kerana faktor cukai.
“Dah elok-elok buka Enterprise… Nak juga buat Sendirian Berhad (Sdn Bhd).
“Hari ni saya nak ceritakan beberapa kebaikan sekiranya anda tukar daripada Enterprise pergi ke Sendirian Berhad dari sudut cukai,” katanya.
Sdn Bhd
Jelas Anas, kadar cukai yang dikenakan bagi sesebuah syarikat yang mendaftar di bawah nama Sdn Bhd adalah lebih rendah.
Kadar cukai yang dikenakan adalah 15 peratus, 17 peratus dan 24 peratus.
“Sdn Bhd ni dia punya kadar cukai adalah bermula daripada 15 peratus untuk SMI (Industri Kecil Sederhana). Kemudian naik ke 17 peratus.
“Dan sekiranya keuntungan bercukai kita melebihi RM600,000, maka kadar cukai itu akan bergerak ke paras 24 peratus dan dia akan berhenti.
“Itulah yang paling tinggi,” ujarnya dalam video tersebut.
BACA JUGA: Ilham Dari Universiti Thailand, Ini Teknik Tanam Pisang Terbalik Yang Wajib Dicuba
Enterprise
Manakala bagi Enterprise pula, kadar cukai boleh naik dari kosong peratus sehingga 30 peratus.
“Kalau anda pakai Enterprise ni, kadar cukainya meningkat daripada kosong peratus pergi ke 30 peratus.
“Jadi kadar cukainya lebih tinggi sekiranya pendapatan kamu tinggi,” katanya.
Gaji Pengarah Boleh ditolak Sebagai Expenses Syarikat
Bagi syarikat Sdn Bhd, gaji pengarah syarikat yang diterima boleh ditolak sebagai perbelanjaan syarikat.
“Anda sebagai pengarah syarikat, gaji yang anda ambil daripada Sdn Bhd tu boleh ditolak sebagai perbelanjaan syarikat. Kemudian anda perlu isytihar anda punya pendapatan (pendapatan pengarah tak perlu diisytiharkan sekaligus dengan perniagaan).
“Jadi dari segi total income tu akan jadi rendah sedikit nak bandingkan dengan apa yang anda isytiharkan dalam Enterprise.” katanya lagi.
Kemudahan Pengauditan Bank
Untuk syarikat Sdn Bhd, juga mendapat kemudahan dari segi penerimaan penyata kewangan.
“Sdn Bhd ni juga ada baiknya dari segi bank boleh menerima anda punya penyata kewangan kerana penyata kewangan anda di audit oleh juruaudit bebas.
“Key transparent lebih dipercayai oleh pihak ketiga macam bank dan kreditus lain,” jelasnya.
Pandangan Penukaran Enterprise kepada Sdn Bhd
Menurut Anas, kalau syarikat ingin membuat penukaran, anda perlu membuat pertimbangan dari segi kos, kebaikan cukai dan pengurusan yang cekap dan kemas.
@anasrashid.arco Kenapa orang tukar enterprise kepada sdn bhd Salah satu faktor adalah cukai. Selain kadar cukai rendah, ada jugak kos lain boleh tolak utk kurangkan cukai. Savings boleh pergj berjuta juta ya utk company besar #cukai #lhdn #tax #usahawan #bisnesonline #founder #coachcukai #banasbagi #freelance #ssm #efiling #bisnes #loanbisnes #buatloan #akaun #enterprise
Sumber: TikTok @anasrahsid.arco