Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Mejar Fikry & Isteri Kembali Diuji, Salah Seorang Bayi Kembar Tiga Kritikal
Belum sampai setahun menatang bayi kembar tiga yang dikurniakan selepas kehilangan anak mereka, Al Fateh, pasangan suami isteri, Mejar Ir TS Mohd Fikry Amri Abd Halim dan Sabrina Hakiem Zaini kembali diuji.
Dikhabarkan, salah seorang bayi daripada kembar tiga, Maryam Al Khawla, kini berada dalam keadaan kritikal.
Menerusi muat naik di laman Facebook, bapa kepada bayi kembar tersebut memohon doa orang ramai buat bayi berkenaan.
“Keadaannya tenat dan semakin lemah. Semoga ada keajaiban dan syifa atas berkat doa kalian semua,” kongsi lelaki berkenaan.
Difahamkan, adik Maryam sudah menjalani rawatan di Hospital Melaka selama 90 hari.
Memetik perkongsian ibu adik Maryam, bayi tersebut dimaklumkan semakin lemah akibat jangkitan kuman dalam darah.
“Bacaan kuning naik dua kali ganda berbanding semalam. Mata dah kuning. Perut pun dah semakin membesar,” kongsi wanita itu.
Terdahulu, Mejar Fikry pernah berkongsi berkenaan keadaan bayi kembar tiga itu yang menerima rawatan di Hospital Melaka berikutan lahir dalam keadaan pramatang.
“Terdapat risiko tinggi berlakunya komplikasi bayi pramatang dan memerlukan pemantauan rapi oleh doktor pakar yang merawat mereka.
“Kami merayu agar pihak Hospital Melaka melakukan prosedur yang sebaiknya dan elakkan sebarang kecuaian untuk memastikan mereka selamat.
“Tripletkini semuanya masuk NICU/SCN sehingga cukup minggu ke 35,” ujar beliau.
Sebelum ini, Mejar Fikry pernah menjadi tumpuan apabila kehilangan bayi lelaki, Muhammad Al Fateh Amri ketika berusia lapan bulan.
Bayi kecil itu didapati tidak bernyawa akibat lemas di taska pada tahun 2024. Lebih menyayatkan, kehilangan tersebut terpaksa dihadapi selepas penantian selama 13 tahun.