Siakap Keli
iPhone & kasut Nike potret 350 tahun
Kredit Universal History Archive/Shutterstock

Orang Ramai Dakwa Terdapat iPhone & Kasut Nike Dalam Potret Berusia 350 Tahun

Orang Ramai Dakwa Terdapat iPhone & Kasut Nike Dalam Potret Berusia 350 Tahun

Orang ramai didakwa mengesan kewujudan teknologi moden dalam dua lukisan potret lama yang dihasilkan oleh pelukis Belanda

Memetik Daily Mail, teknologi moden itu didakwa sebagai telefon pintar iPhone dan kasut jenama Nike yang dipercayai telah dihasilkan pada 350 tahun yang lalu.

Beberapa peminat jelas keliru selepas melihat hasil lukisan potret yang menunjukkan ibu dan anak perempuannya yang memakai kasut Nike itu.

Lukisan dari abad ke-18 oleh pelukis Dutch Golden Age, Pieter de Hooch itu telah dipamerkan di Rijksmuseum, Amsterdam.

Satu lagi lukisan yang dinamakan Frederick Sluysken dihasilkan oleh Ferdinand Bol yang dipamerkan di Galeri Nasional, London turut berjaya mencuri perhatian.

Lukisan potret tersebut telah dimuat naik oleh galeri itu sendiri di laman Twitter dengan bertanyakan sama ada pengguna melihat kasut yang dipakai oleh lelaki dalam potret terbabit.

Lukisan hasil de Hooch telah menggambarkan seorang wanita sedang melihat sepucuk surat. Tetapi orang ramai berpendapat bahawa objek itu bukan surat sebaliknya kelihatan seperti telefon pintar zaman moden.

Kredit Universal History Archive/Shutterstock

Penemuan itu telah membuat spekulasi dan persoalan sama ada pelukis de Hooch, yang dilahirkan pada 1629 boleh meramalkan masa depan.

Selain itu, orang ramai turut berkongsikan gambar tersebut dan mula mempersoalkan bagaimana telefon pintar boleh menjadi objek dalam lukisan pada 350 tahun lalu.

Dalam pada itu, penemuan dari karya de Hooch itu bukan kali pertama berjaya mendapat perhatian kerana butiran yang menarik.

Pada 2016, Tim Cook, Ketua Pegawai Eksekutif Apple semasa, mendakwa bahawa dia melihat telefon pintar itu dalam lukisan abad ke-28. Penemuan itu dibuat Tim semasa lawatannya ke muzium Amsterdam.

“Terdapat iPhone dalam salah satu lukisan itu. Ia sukar untuk dilihat tetapi saya bersumpah ia ada di sana,” katanya secara berseloroh pada sidang media pada masa itu.

Saya selalu fikir bahawa saya tahu bila iPhone telah dicipta, tetapi sekarang saya tidak begitu pasti lagi,” kata Tim Cook lagi.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Kredit National Gallery

Namun baru-baru ini, lukisan pelukis Belanda yang lain telah mencuri perhatian kerana menunjukkan sepasang kasut yang moden.

Potret Frederick Slusysken yang dipamerkan di galeri Negara telah menunjukkan seorang budak lelaki peniaga wain berusia lapan tahun. Budak lelaki tersebut dilihat memakai pakaian hitam yang elegan dengan kasut yang padan.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.