Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bantuan kerajaan
Kredit BERNAMA

7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Syed Faisal Sayed Muhammad

7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Siapa saja dalam dunia ni yang tak suka dengan ganjaran atau bantuan kerajaan kan? Semua pasti akan rebut peluang untuk dapatkan segala bentuk ganjaran secepat yang mungkin.

Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan ganjaran yang diberi, sebagai contoh bantuan khas untuk golongan belia. Bantuan ini memberikan banyak peluang dan manfaat kepada golongan belia.

Contohnya peluang kerjaya, latihan kemahiran, tanggungan bayaran ujian lesen memandu dan banyak lagi. Ini semua merupakan antara bantuan yang diberikan kepada belia di negara kita.

Namun begitu, ada antara golongan belia yang mengeluh dan merungut mendakwa mereka tak dapat apa-apa bantuan. Sebenarnya mereka silap, banyak je yang kerajaan peruntukkan untuk golongan belia melalui Belanjawan 2023.

Bantuan kerajaan untuk golongan belia

Terdapat banyak bantuan yang diberikan kerajaan kepada golongan belia menerusi Belanjawan 2023. Antaranya ialah:

1.E-Tunai Belia Rahmah

Pemberian bantuan ini merujuk kepada belia berumur 18 – 20 tahun atau penuntut IPT sepenuh masa yang layak. Pemberian bantuan kredit e-dompet RM200 secara one-off ini adalah untuk digunakan bagi transaksi secara offline yang bertujuan untuk membudayakan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan anak muda.

Maklumat lanjut berkenaan bantuan ini akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi.

2. Penangguhan dan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN

Bantuan ini memberikan manfaat kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Ia merupakan insentif penangguhan bayaran balik kepada peminjam PTPTN berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh 6 bulan. Permohonan bagi penangguhan tersebut dibuka bermula 1 Mac 2023 hingga 30 Jun 2023.

Dalam pada itu, Kerajaan turut menawarkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20% yang telah dibuka sehingga 31 Mei lalu.

3. Pembiayaan perniagaan seperti Tekun, BNM dan BSN

Golongan belia boleh mendapatkan manfaat daripada insentif yang diberikan kerajaan menerusi pembiayaan perniagaan Tekun.

Terdapat lapan skim yang melibatkan pembiayaan perniagaan Tekun antaranya ialah:

Selain Tekun, Bank Negara Malaysia (BNM) juga antara badan yang terlibat dalam pemberian pembiayaan perniagaan. Antara bantuan yang ditawarkan adalah:

Bank Simpanan Nasional juga menjadi salah sebuah bank yang menyambut baik pengumuman kerajaan bagi membantu bukan sahaja golongan belia tetapi juga para PKS secara keseluruhan. Antara inisiatif yang mereka tawarkan adalah:

4. Tanggungan bayaran mendapatkan lesen untuk perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal

Kerajaan akan menanggung bayaran bagi belia B40 untuk mendapatkan lesen motosikal B2, teksi, bas & e-hailing secara percuma bertujuan untuk membantu mereka menjana pendapatan melalui perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal.

Bantuan ini meliputi semua kos sehingga lesen diperolehi yang seterusnya akan dapat dimanfaatkan untuk kemudahan urusan kerja mereka.

5. Pelepasan segera bagi kes muflis yang kebanyakannya melibatkan belia Melayu

Skim bantuan ini melibatkan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi mengikut Seksyen 33A Akta 360.

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu rakyat khususnya golongan belia yang bankrap. Bagi memberi peluang kedua, hutang kurang RM50,000 yang memenuhi syarat dilepaskan secara automatik daripada kebankrapan bermula 1 Mac 2023.

6. Bantuan meningkatkan kemahiran

Selain bantuan kewangan daripada segi pinjaman, kerajaan juga memperuntukkan dana bagi memberi peluang untuk golongan belia meningkatkan skil mereka dalam menempuh permintaan industri.

Terdapat dua kumpulan sasaran bagi program ini iaitu pekerja gig atau Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mempunyai tahap pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah. Serta graduan TVET dan lepasan sekolah yang mempunyai tahap Pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah.

Melalui inisiatif ini peserta akan mendapat tanggungan bayaran latihan sehingga RM4,000 mengikut kategori persijilan. Pengajian kursus pendek di IPTA atau IPTS layak menerima tanggungan bayaran latihan maksimum sebanyak RM2,500, manakala bagi kategori pensijilan profesional dan microcredential yang diiktiraf layak menerima tanggungan maksimum sehingga RM4,000.

Elaun RM300 untuk tiga bulan akan diberikan sebagai menggantikan pendapatan pekerja gig yang aktif dan sedang menjalani program latihan.

Individu juga boleh memohon sehingga maksimum dua jenis latihan yang tertakluk kepada jumlah bayaran yuran maksimum mengikut kategori persijilan.

Kredit MOF
Kredit MOF

7. MySTEP tawar 50,000 peluang penempatan pekerjaan

Kerajaan telah menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik i menerusi program Malaysia Short-Term Employment Progamme (MySTEP) .

Program ini khusus buat belia warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik.

Ia merupakan usaha kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan seterusnya memberikan pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran belia.

Sekarang sudah tahukan apa bentuk bantuan yang diberikan kerajaan kepada golongan belia? Jadi janganlah cakap lagi lepas ni yang belia tak dapat apa-apa manfaat daripada kerajaan.

Min dah siap senaraikan lagi apa yang korang boleh nikmati. Yang penting korang kena tahu cara macam mana nak dapat, mohon dan sebagainya,

Orang dah bagi, kenapa nak tolak kan?

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai bantuan yang min senaraikan tadi, korang boleh klik sini untuk maklumat lanjut. Dekat sana segala maklumat lengkap berkenaan bantuan, korang boleh dapatkan. Daripada syarat kelayakan sehinggalah cara untuk memohon.