Abang Rela Senyum, Faisal Halim Turun Bas Salam
Siapa sahaja yang tidak gembira apabila orang ternama memberi layanan baik walaupun sudah berstatus pemain kebangsaan? Meskipun telah dikenali ramai, masih lagi tidak lokek untuk memaparkan sikap mesra kepada peminat.
Seperti pemain bola sepak Faisal Halim yang mesra melayani salah seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika tiba di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, semalam.
Dalam satu perkongsian video, pemain Harimau Malaya dilihat telah tiba di stadium bagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang skuad Kepulauan Solomon.
Video pendek yang dimuat naik Sukan Bernama di Instagram itu memaparkan suasana stadium yang dipenuhi oleh media beserta peminat semasa ketibaan skuad bimbingan Kim Pan Gon tersebut.
Menarik perhatian, apabila Faisal Halim bertindak untuk menghulurkan tangan kepada anggota RELA yang berdiri di hadapan pintu bas.
Dalam video tersebut menunjukkan para pemain menuruni bas menuju ke stadium dan ketika tiba giliran ‘geng kerusi belakang’ turun, Faisal Halim dengan mesra menyapa anggota itu.
Beliau turun sambil memberikan senyuman lebar sambil melambai kepada media sebelum memasuki stadium.
BACA: Perlu Lebih Mantap, 90 Minit Di Thailand Bukan Mudah – Faisal Halim
Tindakan tidak dijangka Faisal Halim berjaya pikat hati abang RELA

Tindakan spontan yang ditunjukkan oleh pemain sayap Selangor FC itu berjaya membuatkan anggota RELA yang menjaga tempat itu tersenyum.
Ketika menuruni anak tangga, Faisal Halim dilihat mengangkat tangan sebelum menghulurkan tangan untuk salam anggota tersebut.
Faisal yang membawa beg di tangan mengukir senyuman sebaik sahaja sampai di stadium itu sebelum perlawanan bermula.
Perbuatan mesra itu sedikit sebanyak membina hubungan yang rapat bersama pemain bersama peminat.

Walau bagaimanapun, perbuatan yang ditunjukkan Faisal Halim tidak diikuti oleh pemain lain yang menuruni bas selepasnya.
Kelihatan disitu juga ialah pemain kebangsaan Safawi Rasid, Arif Aiman Hanapi, Corbin-Ong dan lain-lain.
Malaysia menang 4-1
Semalam, Malaysia berjaya melakar kemenangan bergaya dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang skuad Kepulauan Solomon, 4-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu.
Kemenangan itu menyaksikan Malaysia meraih kemenangan ketiga dalam jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun ini selepas turut menewaskan Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong (2-0) di Johor, Mac lepas.
Selasa depan, Malaysia akan berdepan Papua New Guinea dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1.
Saksikan video penuh di sini.
Sumber: sukanbernama/Instagram
BACA: “Tambah Dalam Senarai Puskas”, Media Antarabangsa ‘Terpukau’ Dengan Gol Safawi