Siakap Keli
Gambar: AFF Mitsubishi Electric Cup

Lebih Sejuta Tontonan, “Siuu” Tiga Kali Faisal Halim Ketika Rai Jaringan Raih Perhatian Netizen Luar Negara

Lebih Sejuta Tontonan, “Siuu” Tiga Kali Faisal Halim Ketika Rai Jaringan Raih Perhatian Netizen Luar Negara

Pemain berjersi nombor 7 skuad Harimau Malaya, Muhammad Faisal Abdul Halim menjadi bualan dunia setelah meraikan jaringan tunggal skuad negara dengan gaya ‘Siu’ milik bintang Portugal, Cristiano Ronaldo.

Dalam sebuah klip video berdurasi 24 saat di Twitter mendedahkan pemain kelahiran Pulau Pinang terbabit melakukan Siuu secara tiga kali berturut-turut selepas menyumbat masuk gol ke gawang lawan.

Tambahan pula, seluruh penyokong di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) turut meraikan dengan laungan ‘Siu’ secara bersama sehingga bergema. Perkara itu sekaligus mendapatkan perhatian ramai khususnya di platform media sosial.

Apa yang menarik, gol tersebut merupakan hadiah yang cukup istimewa buat dirinya kerana sewaktu hari perlawanan berlangsung dia menyambut hari kelahirannya yang ke-25.

Untuk makluman, video tersebut telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan dan lebih 30,000 tanda ‘Suka’ di Twitter.

Sementara itu, ruangan komen turut dipenuhi dengan pelbagai reaksi oleh pengguna platform Twitter, antaranya:

Dalam perlawanan semalam, Malaysia berjaya menumpaskan pelawat (Thailand) dengan jaringan tunggal Faisal Halim pada minit ke-11 dalam Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Malaysia bakal bertandang ke gelanggang lawan dalam pusingan kedua separuh akhir pada Selasa 10 Januari 2023 di Stadium Thammasat, Bangkok nanti.

Sepanjang penglibatan skuad kebangsaan dalam piala ini, Harimau Malaya pernah menjuarai buat kali pertama dalam sejarah pada tahun 2010 di bawah kendalian Datuk K. Rajagopal menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir.

Sumber: Troll Football Media

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?