Siakap Keli
Song joong ki sambut anak
Gambar: Instagram Song Jong ki & AllKpop

Song Joong Ki & Isteri Gembira Timang Anak Pertama

Song Joong Ki & Isteri Gembira Timang Anak Pertama

SEOUL — Pelakon Korea Selatan, Song Joong Ki dan isterinya Katy Louise Saunders mengumumkan kelahiran anak pertama mereka.

Memetik Koreaboo, pelakon Korea Selatan itu berkongsikan berita gembira itu dalam satu muat naik di Fancafe miliknya.

“Hari ini, saya datang untuk menyampaikan kepada anda semua satu lagi berita gembira. Ia seperti mimpi yang ingin saya ucapkan terlebih dahulu.

“Saya kini berada di Rom, Itali di rumah isteri untuk menyambut anak kami. Kedua-dua mereka berada dalam keadaan yang selamat dan sihat,” katanya.

Tambah Joong Ki,  dia menzahirkan rasa syukur dan gembira kerana dapat menjaga keluarganya.

Lebih-lebih lagi, dia menganggap anak lelakinya itu merupakan hadiah yang tidak ternilai buat mereka yang bergelar ibu bapa.

Tiada ucapan selain mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan terhadapnya dan keluarga.

Gambar: Instagram Song Jong Ki

BACA JUGA: Pelakon Korea Selatan Park Soo Ryun Meninggal Dunia Akibat Jatuh Tangga

“Saya fikir ini adalah hadiah yang paling berharga yang diberikan kepada kami sebagai pasangan. Impian terbesar saya adalah mewujudkan sebuah keluarga bahagia sepanjang hayat kami.

“Dan saya rasa hari yang cukup bermakna telah pun tiba berkat daripada sokongan orang ramai. Terima kasih,” kata Song Joong Ki.

Aktor tersebut baru sahaja selesai membuat penggambaran dalam Filem ‘My Name is Loh Kiwan’ di Hungary, maklum portal AllKpop.

“Saya mendapat penghormatan untuk berada di Cannes menerusi filem ‘Hwaran’. Semua ini seperti mimpi dan saya sentiasa menghabiskan masa dengan bahagia,” katanya.

Selain itu, Joong Ki turut berkongsikan gambar detik-detik kelahiran anaknya bersamanya.

Song Joong Ki Sambut Anak

Dalam gambar tersebut memaparkan tangan dipercayai anaknya memegang erat  jari tangan pelakon Korea Selatan berkenaan.

Song joong ki sambut anak
Gambar: AllKpop

Untuk makluman, Song Joong Ki dan isterinya. Katy Louise Saunders yang merupakan warga negara Britain mendaftarkan perkahwinan mereka pada Januari lalu.

Sumber: Koreaboo, AllKpop

BACA JUGA: Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.