Siakap Keli
arab saudi aidiladha awal
Kredit: BERNAMA

Ketahui Sebab Arab Saudi Sambut Aidiladha Awal Sehari Dari Malaysia

Ketahui Sebab Arab Saudi Sambut Aidiladha Awal Sehari Dari Malaysia

Pada 29 Jun, umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha selepas anak bulan dilihat semasa proses cerapan dilakukan.

Perkara itu diumumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-raja, Datuk Mohd Aseral Jusman, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, semalam.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 144 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi.

Bagi yang tidak mengetahui, Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan terbesar yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Kredit: BERNAMA

Walaupun dalam kalendar Islam ia telah menetapkan 10 Zulhijah adalah Hari Raya Korban namun, negara seperti Arab Saudi telah mengumumkan bahawa pada Rabu, 28 Jun adalah perayaan Aidiladha, awal sehari daripada Malaysia.

Sebab Arab Saudi Sambut Aidiladha Awal

1 Zulhijah 1444 Hijrah bermula pada 19 Jun

Dalam satu kenyataan, Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bahawa pada hari ini, negara mereka telah menyambut bulan Zulhijah selepas melihat anak bulan semalam.

Arab Saudi mengesahkan ibadah haji tahunan akan bermula pada 26 Jun dengan Aidiladha jatuh dua hari kemudian.

Hari Arafah pada tahun ini akan jatuh pada Selasa 27 Jun, manakala Rabu, 28 Jun keesokannya adalah hari pertama Aidiladha di Arab Saudi.

Anak bulan yang menandakan permulaan Zulhijjah telah dilihat di Arab Saudi pada malam Ahad. Oleh itu bulan terakhir dalam kalendar Islam iaitu Zulhijah akan bermula pada Isnin, 19 Jun 2023 Masihi (1 Zulhijah 1444 Hijrah).

Hari Arafah atau Arafah yang dianggap antara hari paling suci dalam Islam akan jatuh pada Selasa 27 Jun 2023. Justeru, hari pertama Aidiladha di Arab Saudi akan bermula pada Rabu, 28 Jun.

BACA: Anak Pukul Ibu Hingga Maut Selepas Ditegur Buat Bising

Aidiladha di Oman

Dalam perkembangan lain, Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal agama di Oman secara rasmi juga mengisytiharkan bahawa Aidiladha akan bermula pada Rabu, 28 Jun depan.

Penampakan hilal bulan Zulhijah bagi tahun 1444 Hijrah di negara itu telah disahkan.

Aidiladha ini juga penting bagi umat Islam kerana ia memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang mendapat wahyu agar menyembelih anaknya Nabi Islam kerana ketaatannya terhadap Allah SWT.

Susulan itu, setiap tahun umat Islam akan menyembelih binatang-binatang korban lalu memberikannya kepada golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Kisah Nabi Ibrahim sembelih anaknya Ismail

Nabi Ibrahim telah bermimpi di mana dalam mimpinya Allah telah memerintahkannya untuk menyembelih anaknya bernama Ismail. Nabi Ibrahim berkata kepada anaknya:

Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat dan menjunjung perintah ALLAH itu, maka Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah Allah S.W.T terhadapnya. Apabila Nabi Ibrahim dan anaknya sampai ke tempat yang dituju, Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, Nabi Ibrahim menutup matanya dengan dengan cara yang dirancangkan oleh anaknya.

Maka Nabi Ibrahim pun mengangkat pedang dengan kalimah Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya. Maka terpeciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Dengan tangan dan badan yang menggeletar Nabi Ibrahim membuka penutup matanya, namun alangkah terkejut apabila melihat yang disembelih itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah SWT kedua-duanya pun berpeluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan untuk melaksanakan amanat yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Sumber: Gulf / UMT

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana