Siakap Keli
Gambar via Arab News

Arab Saudi Umum Sambut Aidiladha 9 Julai Ini

Umat Islam di Arab Saudi bakal menyambut Hari Raya Korban atau Aidiladha pada 9 Julai berikutan keputusan melihat anak bulan yang dibuat pada Rabu, 29 Jun 2022.

Memetik Arab News, perayaan Aidiladha bertujuan memperingati ketaatan Nabi Ibrahim kepada perintah Allah S.W.T tanpa ragu-ragu untuk mengorbankan anaknya, Ismail.

Nabi Ibrahim sanggup melakukan hal tersebut, namun pada saat akhir, Allah S.W.T telah menggantikan Ismail dengan seekor Qibas. Oleh itu, Hari Raya Adiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.

Bulan Zulhijjah yang akan bermula pada 30 Jun adalah bulan di mana umat Islam akan melakukan ibadah Haji. Haji akan bermula pada hari ke-7 Zulhijjah (6 Julai) dan akan berakhir pada hari ke-11 (10 Julai). Manakala Hari Arafah pula jatuh pada hari ke-9 Zulhijjah (8 Julai)

Menurut Arab Saudi, khemah untuk para jemaah haji di Arafat telah siap dipasang dan disediakan serta penginapan di Mina dan Muzdalifah untuk menerima kunjungan tetamu Allah yang menunaikan ibadah Haji.

Sejak wabak pandemik dua tahun lalu, kini Arab Saudi telah membuka ruang kepada warganegara asing untuk menunaikan Haji buat kali pertama pada 4 Jun yang lalu.

Dalam pada itu, jemaah haji yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah dari Indonesia telah disambut dengan hadiah bungan, kurma dan juga air Zamzam.

BACA: Bukan Anak Patung, Mumia Kanak-Kanak Misteri Ditemui Masih Sempurna, Seakan Sedang Tidur

BACA JUGA: Guna Bawang Boleh Segarkan Semula Tanaman Cili Yang Layu, Ini Caranya 

Sumber: Arab News

Faiz Mustafa