Berbaloi Ke? Lelaki Kongsi 2 Sebab Kenapa Ramai Takut Beli Kereta Mewah “Second Hand”
Kereta merupakan antara jenis pengangkutan yang popular dan digemari ramai orang bagi memudahkan urusan harian mereka.
Kereta juga mempunyai pelbagai jenis dan kegunaan, antaranya ialah sedan, MPV dan pacuan empat roda.
Sedan seperti diketahui ia boleh memuatkan seramai empat orang penumpang dalam satu masa. Bagi MPV pula ia merupakan sebuah kenderaan yang mampu memuatkan lebih daripada enam orang penumpang dalam satu masa.
Bagi pacuan empat roda pula, kenderaan ini kebiasaannya digunakan sewaktu melalui perjalanan yang mencabar dan jalan berbukit-bukit. Namun kenderaan jenis ini masih lagi boleh digunakan untuk urusan harian di laluan jalan raya yang biasa.
Namun begitu, pemilihan kenderaan sangat penting bagi mereka yang baru pertama kali mahu membeli kenderaan.
Walaupun terdapat lambakan kenderaan ‘second hand’ continental yang dijual secara murah dipasaran, namun ia masih kurang mampu untuk menarik orang untuk membelinya.
Kenapa orang ramai tidak mahu membeli kereta continental ni?
Untuk mengetahui sebab kenapa pembeli tidak mahu membeli kereta continental second hand ini, mari kita ikuti perkongsian daripada lelaki ini di TikTok @kedohoqtv.
Sebelum itu, mari kita ketahui dulu apa yang dimaksudkan dengan kereta continental.
Kereta continental adalah istilah bagi kenderaan yang dikeluarkan di Eropah. Kereta continental yang popular boleh ditemui adalah dari negara seperti Jerman, Itali, Perancis dan Sweden.
Umum mengetahui bahawa kereta continental biasanya lebih mahal kerana kadar pertukaran wata wang serta cukai import yang lebih tinggi.
Walaupun dianggap lebih mahal, jenama kereta continental sinonim dengan premium, menawarkan kemasan mewah, keselesaan, berkualiti tinggi dan lebih advance dari segi teknologi yang diguna pakai.
Jenama continental cukup dikenali dengan penghasilan enjin yang dibina dengan baik dan berkemampuan tinggi.
Berbalik kepada topik perbincangan, lelaki ini menerangkan dua sebab utama kenapa orang tidak beli kereta continental walaupun ditawarkan dengan harga yang murah.
Bukan harga sebenar
Apa yang dimaksudkan dengan bukan harga sebenar?
Menurut lelaki tersebut, harga yang ditawarkan dalam pasaran sememangnya murah namun pembeli kena memperuntukkan kos tambahan di masa hadapan.
Kos ini kebiasaannya datang selepas pembeli membeli kenderaan continental tadi. Kos pembaikan kenderaan continental ini sangat mahal dan bernilai tinggi.
Tambahnya, jika anda berminat untuk membeli kereta continental pastikan anda peruntukkan RM10,000 kos tambahan untuk proses baik pulih.
Kos baik pulih itu termasuk, minyak enjin, minyak gear, tayar, ‘absorber’ dan macam-macam lagi. Alat ganti bagi jenis ini sangat mahal dan memerlukan kos yang tinggi untuk penyelenggaraan kereta tersebut.
Enjin kapasiti besar
Enjin kapasiti besar kebiasaannya dikaitkan dengan penjimatan minyak yang digunakan oleh kenderaan tersebut. Kereta continental kebiasaannya mempunyai enjin 1.6cc.
Selain minyak yang digunakan, kapasiti enjin juga akan berkaitan dengan cukai jalan yang anda perlu bayar dalam tempoh setahun.
Semakin besar saiz kapasiti enjin kereta anda, maka semakin tinggi nilai cukai jalan yang perlu anda bayar untuk tempoh setahun.
Menurut lelaki itu, harga cukai jalan bagi enjin 3.0 hingga 4.0cc dianggarkan berjumlah RM2,130 hingga RM6,630 setahun.
BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu
Kesimpulan daripada perkongsian lelaki itu adalah kereta jenis continental mungkin dijual pada harga yang murah dipasaran. Namun di kemudian hari ia akan melibatkan pelbagai kos tambahan yang mahal dan tinggi.
@kedohoqtv Bukan 2 ja sebab, banyak lagi sebab orang tak beli. Saja share dua baru. Tapi kalau hampa ada duit tak salah pon…. Cuma baik beli baru. #keretamewah #kahwin #repairkereta
Sumber: Direct Asia, TikTok via @kedohoqtv