Siakap Keli
Penampakan lelaki tanpa kepala di puncak gunung welirang
SUMBER IG FAKTA.SUROBOYO

Seram, Sosok Lelaki Tanpa Kepala Tegak Berdiri Dirakam Atas Gunung

Seram, Sosok Lelaki Tanpa Kepala Tegak Berdiri Dirakam Atas Gunung

Tular satu rakaman video sejak beberapa hari lepas yang didakwa merakam penampakan seram seorang lelaki tanpa kepala.

Menurut laporan portal RCTI Plus, rakaman berkenaan dipercayai diambil di puncak Gunung Wlirang di Jawa Timur, Indonesia.

Rakaman berkenaan mula mencuri tumpuan warga maya apabila pertama kali dimuat naik di Instagram oleh akaun @fakta.suroboyo.

Dalam rakaman yang tular itu, video tersebut pada awalnya merakam sekumpulan pemuda yang sedang menikmati cuaca berkabus di puncak pergunungan terbabit.

Sosok lelaki tanpa kepala cetus misteri

Bagaimanapun, ketika kamera dipusingkan ke kawasan sekitar, lensa berjaya merakam sosok seorang lelaki yang berdiri tegak. Namun anehnya, kepala sosok lelaki berkenaan tidak kelihatan dalam rakaman tersebut.

Ketika itu, lelaki itu dilihat memakai baju bewarna hitam dan seluar panjang. Malah, rakaman itu juga menunjukkan seolah-olah lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada kumpulan pemudah tersebut.

Ini dapat dilihat apabila keberadaannya seolah-olah tidak dipedulikan oleh kumpulan pemuda tersebut. Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki tersebut benar-benar peserta dalam kumpulan berkenaan atau entiti berbeza.

Bagaimanapun, perkongsian berkenaan pantas menuai pelbagai komentar daripada warga maya. Masing-masing cuba meneka dan menawarkan jawapan kepada peristiwa aneh lagi menyeramkan itu.

Salah satu jawapan yang paling logik bagi menjelaskan keadaan itu adalah kemungkinan lelaki berkenaan sedang menundukkan kepalanya menghala ke arah kamera.

Disebabkan rambut berwarna hitam dan bajunya juga berwarna hitam, maka lelaki berkenaan kelihatan seolah-olah tidak mempunyai kepala. Ini kerana kamera tidak dapat merakam perbezaan antara rambut dengan baju ketika lelaki tersebut tunduk.

Ditambah pula dengan keadaan cuaca berkabus, maka rakaman menjadi semakin kabur dan sukar untuk kamera menunjukkan kedudukan kepala lelaki tersebut pada posisi itu.

Namun begitu, ada juga yang membantah dan berhujah bahawa seandainya lelaki itu menundukkan kepalanya, sudah tentu bahagian leher akan kelihatan jelas.

Malah, mereka juga berhujah, sekiranya lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada kumpulan pemuda itu, dia sudah tentu mengenakan baju sejuk seperti yang lain.

Dengan keadaan berkabus dan angin yang bertiup kencang di puncak gunung ketika itu, cuaca sudah pasti cukup sejuk. Jadi, tidak mungkin pemuda berkenaan hanya mengenakan t-shirt sahaja.

Setakat ini, tiada penjelasan lanjut berkenaan video tular itu dibuat oleh akaun Instagram berkenaan. Namun, ramai berpendapat tiada unsur mistik pun dalam video tersebut.

Jadi, apa kata anda pula?

BACA: Mudah Je Nak Buat Sendiri Rupanya, Abang Ni Ajar Cara Buat Yogurt “Homemade”

Sumber: RCTIPLUS

Mohd Raimi Ismail

peace on earth