Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 19 JUN – Selepas empat tahun, OCEANMAN akhirnya kembali menyerikan perairan Malaysia dengan edisi kali ini bakal berlangsung di Pulau Redang – yang dipuji sebagai antara pulau tercantik di negara ini pada Ogos 26-27, 2023.
Penganjuran OCEANMAN Redang 2023 juga menandakan buat pertama kalinya kejohanan bertaraf antarabangsa diadakan di pulau tropika itu yang sememangnya disegani dengan airnya yang jernih, pasir pantai putih, taman perlindungan marin dan sebagai destinasi wajib untuk para penyelam skuba dan snorke.
Keindahan pulau ini pastinya ideal dijadikan sebagai latar belakang persaingan bagi para peserta kerana sambil berlumba dan melaksanakan misi masing-masing, mereka juga berkesempatan menikmati air lautnya yang jernih dan tenang sambil menghayati kehidupan marin yang berbagai.
Pengurus OCEANMAN Asia-Amerika Jose Luis Larrossa percaya bahawa acara ini akan dianggap sebagai tanda permulaan yang baik untuk kejayaan pertandingan ini di Malaysia.
“OCEANMAN Redang membuka satu peluang baharu kepada para perenang perairan terbuka di Malaysia. Sejak OCEANMAN 2018 kali terakhir diadakan, iakini akhirnya kembali ke Pulau Redang yang indah ini, kami mempunyai jangkaan tinggi terhadap acara renang perairan terbuka ikonik ini.”
“Peluang ini akan memanfaatkan perenang dari serata dunia untuk mengalami sendiri keindahan air jernih di Pantai Timur Malaysia serta menerokai budaya dan tradisi yang menarik selain keenakkan makanannya. Sasaran kami adalah untuk menjadikan OCEANMAN Redang sebagai antara destinasi OCEANMAN yang terbaik di dunia,” kataya.
Saingan OCEANMAN Redang 2023 terdiri daripada lima kategori berasingan secara keseluruhannya. Ia merangkumi Oceanteams (berpasukan, 3x500m), Oceankids (kanak-kanak, 500m), Sprint (Pecut, 2km), Half OCEANMAN (Separuh, 5km) and kategori utama iaitu OCEANMAN (10km).\

Kesemua kategori telah direka khusus supaya semua perenang daripada pelbagai peringkat juga boleh turut serta, menjadikan acara ini bersesuaian untuk ahli keluarga dan rakan-rakan untuk meluangkan masa bersama-sama pada hujung minggu.
Antara sebab Pulau Redang dipilih sebagai lokasi acara adalah kerana reputasinya sebagai salah satu destinasi percutian paling popular di Malaysia. Penganjuran OCEANMAN Redang di pulau itu pasti akan menggalakkan lagi kegiatan pelancongan di situ.
Pulau tersebut yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu tidak sekadar menarik minat golongan penggemar laut dan pantai, tetapi juga mereka yang ingin mencari ketenangan di sebalik hiruk-pikuk kota.
Selain selam skuba dan snorkel, para pengunjung juga boleh melakukan aktiviti lain seperti meredah hutan, melihat penyu, menikmati matahari terbenam, ‘star gazing’,dan juga mencanting batik
Pulau Redang juga memiliki keunikan tersendiri kerana hampir kesemua tempat penginapan menawarkan perkhidmatan penuh termasuk makan minum serta pengangkutan pergi dan balik dari jeti.
Penganjuran OCEANMAN Redang pastinya akan membuka laluan untuk renang perairan terbuka terus berkembang dengan pesat di negara ini.
Di atas usaha jitu pakar renang perairan terbuka, Swimon, dalam menganjurkan klinik latihan bulanan, sukan ini semakin mendapat tempat dalam kalangan orang Malaysia.
Dengan menyertai OCEANMAN Redang, para peserta juga dapat kesempatan untuk membina persahabatan baharu yang turut berkecimpung dalam sukan ini. Banyak kebaikkan yang dapat diperolehi menerusi renang perairan terbuka ini, antaranya meningkatkan system imunisasi, melancarkan aliran darah dan merangsang kecerdasan otak.
Penganjur OCEANMAN Redang berniat untuk menarik seramai mungkin peserta untuk merancakkan acara yang membuat kemunculan semula ini.
Penganjur OCEANMAN Redang, Sundeep Kumar berkata: “Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami dapat lihat bahawa minat orang ramai terhadap sukan renang perairan terbuka semakin meningkat, dan justeru itu, kami berminat untuk menghidupkan kembali acara ini selepas empat tahun. Kami berasa tiada lagi lokasi yang lebih sesuai daripada Pulau Redang, dan kami pasti nama pulau ini tentu akan menarik minat orang ramai untuk menyertainya.”
“Sasaran kami adalah untuk mencatat angka penyertaan yang jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya. Setakat ini, kami telahpun menerima 350 penyertaan dari 30 buah negara dan kami berhasrat untuk memecahkan rekod terdahulu dengan menarik lebih 600 peserta kali ini. Mudah-mudahan, acara ini akan mampu mengharumkan nama Malaysia di mata dunia selaku lokasi premium bagi penganjuran acara-acara OCEANMAN di Asia dan seterusnya peringkat dunia kelak,” katanya lagi.
Aspek yang paling mustahak mengenai renang perairan terbuka pastinya adalah keselamatan para peserta. Kami jamin bahawa keselamatan setiap peserta kejohanan dijadikan keutamaan. Antara persediaan rapi yang kami lakukan adalah memastikan kesemua perenang dilindungi dengan insurans kemalangan, selain menyediakan khidmat bantuan perubatan, ambulans dan kecemasan di lokasi acara,” jelas Sundeep.
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu menjangkakan penganjuran OCEANMAN Malaysia di negeri itu bukan sahaja akan merangsang kegiatan pelancongan di situ, malah ia juga membantu memperkenalkan sukan itu kepada umum.
“Pemilihan Pulau Redang sebagai lokasi pertandingan oleh OCEANMAN sememangnya tepatsekali. Pulau Redang dikenali sebagai antara pulau terindah di Malaysia dan tempat ini akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bukan sahaja kepada mereka yang bertanding, bahkan ahli keluarga dan rakan-rakan yang datang untuk memberi sokongan.
“Melalui acara ini, kami berasa yakin lebih ramai warga Malaysia akan mula berjinak-jinak dengan renang perairan terbuka kerana pelbagai manfaat kesihatan, di samping peluang untuk berkenalan dengan sahabat baharu. Kami percaya bahawa acara ini juga berupaya melonjakkan lagi nama Pulau Redang selaku destinasi yang harus dikunjungi di Terengganu. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan pelancong-pelancong ke Terengganu untuk menghayati sendiri keindahan tempat, kemesraan rakyat dan kekayaan budaya di negeri ini,” kata Yang Berhormat Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri Terngganu.
Slot penyertaan untuk OCEANMAN Malaysia masih boleh didapati dan para perenang yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian menerusi http://oceanmanswim.com/redang-malaysia/
Peserta-peserta warganegara Malaysia akan menerima tawaran diskaun istimewa sekiranya mereka mendaftar melalui laman web http://www.atlantians.academy/oceanmanredang, dan para peserta juga berkesempatan menempah penginapan mereka pada harga yang lebih rendah menerusi pautan ini: https://atlantians.academy/accommodation/.