Siakap Keli
anak bernikah jenazah mak
Kredit: Indo Today/Instagram

Pilu, Anak Bernikah Di Hadapan Jenazah Mak

Pilu, Anak Bernikah Di Hadapan Jenazah Mak

Baru-baru ini tular di media sosial Indonesia, satu rakaman menunjukkan pasangan pengantin yang bernikah di hadapan jenazah ibunya yang meninggal pada hari pernikahan, lapor Tribun News.

Menerusi video itu, seorang pengantin perempuan yang mengenakan pakaian serba putih keluar dari bilik diiringi keluarganya di ruang tamu rumah untuk meneruskan majlis.

Pengantin tersebut dilihat tidak berdaya apabila melangkah keluar dan menangis sejurus diiring keluarganya.

Kredit: Indo Today/Instagram

Setibanya pengantin itu di ruang tamu, tersedia kelibat pengantin lelaki sedang menunggu di meja untuk menandatangani surat nikah bersama wali hakim.

Jenazah ibu mempelai perempuan diletakkan bersebelahan dengan meja nikah di ruang tamu rumah.

Usai pengantin perempuan tiba, dia diminta untuk menurunkan tandatangan di surat nikah sebelum imam melantunkan bacaan doa menandakan pernikahan itu selesai.

Setelah itu, pengantin perempuan yang tidak berdaya itu diiring semula oleh keluarga masuk ke dalam bilik untuk menenangkannya.

Difahamkan, perkahwinan itu sebenarnya berlangsung dalam masa dua minggu lagi namun terpaksa diawalkan disebabkan ibunya meninggal dunia, memetik Merdeka.

Pasangan itu terpaksa melakukan hari bahagianya pada hari yang sama ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Hari bahagia itu bertukar menjadi sebak berikutan dengan situasi yang tidak dijangka berlaku.

“Sebabnya majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung dalam tempoh dua minggu itu terpaksa berlangsung pada hari kematian ibunya,” katanya.

Walau bagaimanapun, masih tiada maklumat perincian berkaitan perkara itu dan di mana ia berlaku.

BACA: Tular Pukul Kepala Wanita, Lelaki Ditahan Polis

@tribun.jakarta

Momen Pernikahan Campur Duka, Anak Gelar Akad di Depan Jenazah Orangtua

♬ suara asli – Tribun Jakarta Official – Tribun Jakarta Official

Sosok lelaki tanpa kepala tegak berdiri dirakam atas gunung

Sebelum ini, tular satu rakaman video sejak beberapa hari lepas yang didakwa merakam penampakan seram seorang lelaki tanpa kepala.

Menurut laporan portal RCTI Plus, rakaman berkenaan dipercayai diambil di puncak Gunung Wlirang di Jawa Timur, Indonesia.

Rakaman berkenaan mula mencuri tumpuan warga maya apabila pertama kali dimuat naik di Instagram oleh akaun @fakta.suroboyo.

Dalam rakaman yang tular itu, pada awalnya saksi merakam sekumpulan pemuda yang sedang menikmati cuaca berkabus di puncak pergunungan terbabit.

Bagaimanapun, ketika kamera dipusingkan ke kawasan sekitar, lensa berjaya merakam sosok seorang lelaki yang berdiri tegak.

Namun anehnya, kepala sosok lelaki berkenaan tidak kelihatan dalam rakaman tersebut.

Sumber: Tribun News, Merdeka, Indo Today/Instagram

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.