Siakap Keli
satelit the line
SUMBER MIDDLE EAST EYE

Makin Rancak, Satelit Rakam Perkembangan Terkini Pembinaan The Line

Makin Rancak, Satelit Rakam Perkembangan Terkini Pembinaan The Line

Satelit pengimejan baru-baru ini berjaya merakam perkembangan terkini pembinaan The Line, iatu projek bandar mega Neon yang sedang berjalan di Tabuk, Arab Saudi.

Memetik laporan Middle East Eye, imej-imej yang menjadi tular di media sosial itu dirakam menggunakan satelit CG, iaitu milik sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Berdasarkan analisis oleh Soar, iaitu penganalisis atlas digital, sekurang-kurang dua imej dari satelit berkenaan menunjukkan kerja-kerja pembinaan yang berlaku di kawasan itu.

Dalam imej pertama yang diambil pada bulan lepas, ia menunjukkan bahagian tengah Neom, dimana kerja-kerja perluasan tapak sedang berjalan. Imej berkenaan turut menunjukkan kewujudan beberapa struktur seperti bangunan baru.

Selain itu, aktiviti-aktiviti penggalian tanah juga berjaya dirakam menerusi imej berkenaan. Dalam imej yang diperolehi daripada Google Maps sebelum ini, keadaan padang pasir di kawasan berkenaan masih belum disentuh.

Kerja-kerja perlombongan juga kelihatan sedang berjalan serta kerja-kerja pecah tanah dilihat sudah bermula di tapak yang dikhaskan untuk aktiviti pelancongan.

Manakala dalam imej kedua pula, kerja-kerja pembinaan yang berjalan menunjukkan kewujudan struktur bergaris lurus, sesuai dengan nama projek tersebut.

Terdahulu, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohamed Bin Salman mengumumkan pembangunan projek tersebut, sebagai sebahagian daripada visi masa depan negara itu.

Projek mega berkenaan dijangka menelan kos pembinaan mencecah USD 500 bilion (RM 2.24 trilion). Bandar itu apabila siap kelak dianggarkan mempunyai keluasan 33 kali ganda saiz New York City.

Menariknya, struktur utama bangunan ini, iaitu dua buah bangunan, masing-masing berketinggian 500 meter dibina dalam garisan lurus sejauh 120 kilometer. Kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dilapor bermula sejak tahun lepas.

Apabila siap kelak, kota berkenaan akan dilengkapi dengan sistem kereta api laju. Orang awam boleh bergerak di antara dua titik hujung kota ini dalam masa 20 minit sahaja.

Selain itu, kerajaan Arab Saudi juga menjangkakan seramai 1 juta penduduk akan menghuni kota ini nanti. Manakala semua kemudahan canggih akan disediakan bagi menepati konsep pembinaan bandar masa depan yang dirancang Putera Mahkota.

BACA: Tiga Beradik Maut Motosikal Bertembung MPV

Sumber: Middle East Eye

Mohd Raimi Ismail

peace on earth