Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Tiga Beradik Maut Motosikal Bertembung MPV

Tiga Beradik Maut Motosikal Bertembung MPV

KUANTAN, 24 Jun (Bernama) — Tiga beradik maut selepas motosikal ditunggang mereka terbabas dan merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 7 Jalan Benta/Lamir di Pekan dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata kejadian yang dipercayai berlaku pada 12.30 tengah hari itu menyebabkan semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka ialah Nik Ikram Idwan Nik Mohd Khairul Hisyam, 15, adiknya Nik Nur Faqihah, 11, dan Nik Ikram Nuqman, lima, yang beralamat di Kampung Langgar, Pekan.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dari arah Kampung Lamir ke Kampung Langgar terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh MPV yang menghala ke Kuantan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zaidi berkata MPV itu dinaiki tujuh sekeluarga dengan tiga daripada mereka cedera.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Isteri Pengendali Kapal Selam Titan Rupanya Keturunan Mangsa Kapal Karam Titanic

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma