Siakap Keli
kematian mohd syuib
Gambar: Sinar Harian

Arwah Dah Kemas Baju Nak Balik Kampung, Kakak Terkejut Terima Berita Kematian Mohd Syuib

Arwah Dah Kemas Baju Nak Balik Kampung, Kakak Terkejut Terima Berita Kematian Mohd Syuib

Kepulangan ahli keluarga ke kampung halaman ketika raya merupakan momen paling bahagia. Namun, berbeza pula nasib yang dihadapi oleh kakak kepada mangsa tragedi letupan bom lempar di Kem Latihan Syed Sirajuddin, Gemas semalam.

Tragedi Bom Lempar Meletup, Kakak Terkilan Dengar Berita Kematian Mohd Syuib

Kakak kepada Koperal Udara Mohd Syuib Bidin, yang dikenali sebagai Bonda Arfan berkata dia tidak menyangka bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini merupakan yang terakhir bersama adiknya dengan kepulangan jenazah Allahyarham, lapor Mingguan Wanita.

Jelasnya, dia menyifatkan Allahyarham merupakan seorang yang sangat baik.

Mohd Syuib sebelum ini juga telah memaklumkan kepadanya bahawa dia telah selesai mengemas pakaian untuk pulang beraya ke kampung halaman di Kedah yang bakal tiba pada 29 Jun ini.

“Arwah merupakan adik yang baik. Dia memberitahu saya bahawa telah siap kemas pakaiannya untuk pulang ke kampung Khamis ini,” katanya.

“Dia dah siap packing baju untuk balik beraya di Kedah. Sebelum kejadian, isteri arwah ada mesej tanya Damia.

“Raya ni balik Kedah tak? Damia jawab tak, pasal hari Sabtu Damia dah kena balik asrama. Isteri adik bagi tahu esok hari Isnin dorang nak balik Kedah,” maklumnya lagi.

Walau bagaimanapun, dia amat terkejut selepas mendapat perkhabaran bahawa adiknya telah meninggal dunia tiga hari sebelum Raya Haji.

“Tak sempat balik beraya di kampung, adik pergi tinggalkan kami semua secara mengejut. Allah lebih sayangkan dia.

BACA JUGA: Dua Anggota TUDM Terkorban Dalam Insiden Letupan Bom Lempar

Katanya, ahli keluarga kini sedang menunggu jenazah Muhd Syuib dari Hospital Segamat. Difahamkan, proses pengebumian dilakukan di kampung halaman isterinya di Kemaman.

Semalam, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan tragedi tersebut berlaku pada jam 12.10 tengah hari ketika anggotanya sedang menjalani Latihan Menembak Senjata Bantuan dan Bom Lempar Penuntut Kursus Peningkatan Pembantu Pertahanan Kelas 1 (KPPP Kls 1) di Tapak Latihan Grenade Asas di kem tersebut.

Dua anggota TUDM Maut, Seorang dilaporkan Stabil

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Koperal Udara Mohd Syuib Bidin, 33, meninggal dunia pada jam 5.45 petang semalam.

Perkara itu disahkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan.

Beliau yang merupakan jurulatih di Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (INSTAR), Pangkalan Udara Sendayan selepas terbabit dalam insiden letupan bom lempar tersebut.

Sementara itu, seorang lagi anggota yang dilaporkan meninggal dunia ialah Allahyarham Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi berusia 22 tahun.

Allahyarham yang berasal dari Lenggeng disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada jam 12.10 tengah hari semalam.

Manakala seorang lagi mangsa yang terlibat, Koperal Udara Khairuzaman Lokman, 35, yang juga seorang jurulatih dilaporkan dalam keadaan stabil selepas mengalami kecederaan parah dalam kejadian tersebut.

Beliau kini masih menerima rawatan di Hospital Segamat dan dalam pemantauan rapi.

Sumber: Mingguan Wanita

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?