Asyik Lepak Dengan Kapibara, Papan Tanda ‘Oyen’ Diletak Di Zoo Negara
Di Malaysia, kucing antara haiwan peliharaan paling popular dibela oleh masyarakat kerana sifatnya yang manja dan comel.
Bagi penggemar kucing atau cat lover, membela haiwan comel ini ibarat menjaga diri sendiri kerana ia dianggap sebahagian daripada keluarga. Bukan sahaja menjadi terapi jiwa, ia juga dapat menemani kita dikala kesunyian.
Haiwan ini terdiri daripada pelbagai jenis baka dan warna yang berbeza-beza. Telatah dan gelagat haiwan ini yang mencuit hati sememangnya tidak dinafikan.
Ada sahaja tabiatnya yang di luar pemikiran. Lebih-lebih lagi kucing yang digelar “oyen” ini sering dianggap gengster atau “kapla kucing”.
Dari “Permastautin” Terus “Penduduk Tetap”
Menerusi perkongsian video oleh Zoo Negara di akaun tiktok rasmi menunjukkan si bulus berwarna oren itu sering berkeliaran di kandang haiwan jenis kapibara.
Tambahan lagi, kucing tersebut juga berkeliaran dan makan bersama kawanan haiwan itu tanpa segan silu.
Sehubungan itu, pihak pengurusan Zoo Negara Malaysia telah membina papan tanda baharu di kandang tersebut dengan tertera “Capybara & Oyen”.
“Haaa oyen pun dah ada signage sendiri. Mungkin next Roren kita pulak? Korang belum kenal Roren kan,” tulis Zoo Negara.
BACA JUGA: Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur
Sementara itu, mengintai ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan sikap si bulus itu yang “lupa diri” kerana berada di kandang haiwan lain. Sebahagian mereka tak kering gusi mempersoalkan kandang tersebut milik kapibara ataupun kucing itu.
Sehingga kini, video berkenaan telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan, dengan lebih 188,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 2,000 komen oleh warganet.
Oyen “Selit” Menyamar Jadi Kapibara
Sebelum ini, kelibat kucing berwarna oren itu tular di media sosial selepas dikesan sedang berehat bersama kawanan kapibara di Zoo Negara.
Menerusi perkongsian video oleh seorang netizen di TikTok, nabilnash_ memaparkan kelibat si bulus di belakang haiwan itu.
Sekali imbas, pasti tidak menyangka kelibat si comel itu sedang berteduh dengan haiwan berkenaan di sebuah ruangan sewaktu hujan sedang turun.
Bagaimanapun, setelah di ‘zoom’ anda pasti terkejut seekor kucing dengan ekspresi wajah dan matanya rapat tertutup seolah-olah kecewa dipercayai berlindung daripada terkena hujan.
@znmzoonegara Haaa oyen pun dah ada signage sendiri 🔥 Mungkin next Roren kita pulak? Korang belum kenal Roren kan 😉 #oyen #oyenbarbar #masbro #capybara #zoonegara #zoonegaramalaysia #zoonegaramalaysia2023
Sumber: TikTok @Zoo Negara