Siakap Keli
gelagat oyen jejak rumput
Gambar: TikTok @browniesngoodies

Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur

Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur

Bagi penggemar kucing atau cat lover, membela haiwan comel ini ibarat menjaga diri sendiri kerana ia dianggap sebahagian daripada keluarga.

Bukan sahaja menjadi terapi jiwa, ia juga dapat menemani kita sewaktu kesunyian khususnya bagi mereka yang berjauhan dengan ahli keluarga.

Hal ini kerana kucing sememangnya penuh dengan telatah dan gelagatnya yang mencuit hati lebih-lebih lagi yang berwarna oren. Kucing oren atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Oyen’ sentiasa menjadi sebutan di mulut komuniti.

Di Malaysia, haiwan ini antara haiwan peliharaan yang paling popular dibela di dalam rumah kerana sifatnya yang manja dan comel.

Ada sahaja kelakuannya yang di luar fikiran kita seperti melompat, terbang dan sebagainya. Seperti dalam video yang dimuat naik oleh @browniesngoodies di TikTok memaparkan kelakuan oyen “melibas” kaki di atas rumput.

Tambahan lagi, klip berkenaan turut menyatakan bahawa ia dipercayai pertama kali keluar dari rumah.

Dalam klip berdurasi 17 saat itu menunjukkan si bulus itu berjalan di atas rumput.

Bukan sahaja itu, ekor oyen itu berdiri lurus setiap kali meletakkan kaki pada rumput. Ketika dilepaskan oleh pemiliknya, ia seperti rusa masuk ke kampung. Hal ini kerana haiwan itu menoleh ke kiri dan kanan melihat persekitaran baru.

Perkara ini dianggap agak pelik kerana kebiasaannya oyen terkenal dengan sifat gagah dan berani serta ‘abang’ kawasan.

Dalam beberapa video yang dimuat naik sebelum ini, difahamkan, kucing berkenaan dipercayai mengalami penyakit. Walau bagaimanapun, penyakit itu tidak dapat dipastikan.

@browniesngoodies

Mr wobbles’ edition #greenscreenvideo #ataxia #cat #kitten #wobbles

♬ ONCE THERE WAS A WAYYYYYY – ☆

Reaksi Netizen Lihat Oyen Keluar Rumah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna platform media sosial itu terhibur dengan telatah yang ditunjukkan oleh si oyen. Sebahagian warganet turut membandingkan haiwan itu dengan kucing milik mereka.

BACA JUGA: Kena Panggil Balik Rumah, Gelagat Oyen Berenang Redah Banjir Buat Ramai Terhibur

 

Sehingga artikel ini ditulis, video ini telah mendapat lebih 5.3 juta tontonan, lebih 1 juta tanda “Suka” dan lebih 9,000 komen daripada pelbagai pengguna.

Sumber: TikTok @browniesngoodies

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?