Siakap Keli
oyen redah banjir
Gambar dari Tiktok

Kena Panggil Balik Rumah, Gelagat Oyen Berenang Redah Banjir Buat Ramai Terhibur

Kena Panggil Balik Rumah, Gelagat Oyen Berenang Redah Banjir Buat Ramai Terhibur

Kebanyakkan penggemar kucing memelihara kucing kerana ianya merupakan haiwan peliharaan yang comel dan lucu. Malah, haiwan ini juga sangat manja dengan tuannya.

Bagi sesiapa yang mempunyai kucing peliharaan di rumah, sudah pastinya tidak akan merasa sunyi dengan kehadiran si bulus ini.

Kehadiran si bulus akan menceriakan dan menghiburkan hari-hari buat semua pencinta kucing.

Seperti video tular di media sosial baru-baru ini berkenaan seekor kucing oren yang berenang ketika banjir di Kuching baru-baru ini.

Perkongsian video yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @zarra009 telah mendapat perhatian warganet.

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat seorang perempuan memarahi oyen kerana ia ingin keluar rumah walaupun keadaan ketika itu hujan dan banjir.

Setelah disuruh untuk segera pulang, si oyen terus berenang meredah banjir. Kucing itu dilihat seakan sudah terbiasa dan tidak takut berada dalam air.

Oyen redah banjir

“Kuching banjir guys, oyen berenang,” tulis kapsyen yang dimuat naik di video perkongsian tersebut.

@zarra009

Kuching banjir guys,oyen berenang

♬ original sound – @zArra💓 – @zArra💓

 

Sehingga hari ini, muat naik video berdurasi 43 saat itu telah mendapat jumlah tontonan sebanyak lebih daripada 6 juta tontonan.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen terhibur dengan muat naik video tersebut. Ramai yang meninggalkan komen mereka selepas menonton video tersebut.

 

Sementara itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kuching dibuka akibat banjir susulan hujan lebat sejak malam kelmarin.

Bernama melaporkan bahawa jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS semalam meningkat kepada 241 orang daripada 68 keluarga.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, setakat malam tadi dua PPS tersebut masih aktif.

PPS Dewan Sinar Baru menempatkan 144 orang daripada 31 keluarga, manakala PPS Dewan Stapok Batu Kawa menempatkan 97 mangsa daripada 37 keluarga.

Terdahulu, beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Kuching dan Siburan dilaporkan mengalami banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam.

Memetik laporan Astro Awani, antara kawasan yang dinaiki air termasuk kawasan yang dinaiki air termasuk kawasan Jalan Green, Jalan Satok dan Batu Tiga.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber: Tiktok 

Ezzatul Syafiqah