Siakap Keli
cara hargai suri rumah

“Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

“Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Setiap daripada kita mempunyai peranan masing-masing dalam meniti arus kehidupan ini. Walaupun berdepan dengan cabaran yang getir namun ia tidak menjadi alasan untuk berputus asa.

Itulah yang dialami oleh kebanyakan suri rumah, mereka tidak pernah kenal erti penat lelah.

Seperti yang diketahui, bukan mudah bergelar seorang suri rumah kerana ia bukanlah tugas yang mudah. Bayangkan, kerja yang dilakukan oleh mereka tidak akan pernah habis.

Dah nak tidur pun masih ‘berkhidmat’ dan mereka tidak pernah mengeluh di depan suami dan anak-anak. Nak faham penat lelah suri rumah bukannya senang, malah tidak dapat diungkap dengan sebarang kata-kata.

Mana tidaknya, bangun pagi dah kena bekerja sehinggalah suami pulang kerja pun masih bekerja. Malam pula masih ada kerja kena buat sehinggalah nak tidur.

Jadi, tidak salah rasanya kalau selalu menghargai suri rumah yang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anak. Kalau nak hargai, hadiahkan sesuatu yang boleh beri dia rehat yang cukup dan penuh keselesaan.

Cara hargai suri rumah

Kita pasti terasa nak diurut selepas seharian bekerja supaya dapat melegakan sakit badan dan lenguh-lenguh. Memang ada pasangan yang boleh urut tapi kadang-kadang pasangan pun letih dengan lambakan kerjanya.

Justeru, bolehlah sediakan kerusi urut di ruang rumah supaya suri rumah mendapat rehat yang secukupnya. Kalau risau mahal, boleh cuba kerusi urut GINTELL yang terbaharu ini.

GINTELL S6 Wellness SuperChAiR

Untuk pengetahuan korang, kerusi urut ini merupakan siri terbaharu SuperChAiR dan merupakan kerusi urut pertama dalam pasaran yang memfokuskan pada kesihatan, kecergasan dan kesejahteraan secara keseluruhan.

Menariknya, GINTELL S6 ini mempunyai 20 program kecergasan secara automatik yang mempunyai sebanyak enam teknik urutan gabungan. Jadi, tidak perlu lagi susah-susah suruh pasangan urutkan, guna je GINTELL ni.

Sistem AI Fatigue Bio-Scan (BIO-Senses)
Sistem AI Fatigue Bio-Scan (BIO-Senses)

Salah satu ciri yang paling menarik dari GINTELL S6 adalah sistem AI Fatigue Bio-Scan (Bio-Senses), yang membuatnya menjadi kerusi urut pertama yang dilengkapi dengan teknologi tersebut di pasar. Korang hanya perlu meletakkan jari selama 30 saat di ‘panel ibu jari’ untuk mengaktifkan sistem pengimbasan dan mengesan kadar denyutan jantung (nadi), oksigen darah dan indeks kelesuan seseorang.

Setelah itu, program urutan automatik yang bersesuaian dengan kadar indeks semasa korang akan tersedia. Bacaan kadar indeks juga boleh dilihat melalui aplikasi GINTELL di mana anda juga dapat mengawal atau memilih program urutan yang bersesuaian.

Urutan AiR-3D Generasi Baharu

Selain itu, GINTELL S6 juga dilengkapi dengan roda urut AIR-3D generasi baru yang dapat menonjol sehingga 13cm untuk urutan yang lebih pintar dengan teknik urutan tangan manusia yang lebih tepat dan intensif.

Roda urut in dapat menembusi titik-titik tekanan yang lebih dalam untuk memberikan kelegaan yang lebih efektif untuk kekejangan leher dan bahu serta relaksasi otot. Ia juga mempunyai sistem pengimbasan badan yang berfungsi untuk akan mengukur struktur badan bagi menetapkan tahap penonjolan dan intensiti urutan yang bersesuaian dengan anda.

cara hargai suri rumah
Terapi Spa Haba 360° (Teknologi Pertama)

Menggunakan beg udara yang mampat, terapi ini merupakan ciptaan inovatif di mana ia menggunakan beg udara haba yang mampat. Ia memfokuskan bahagian belakang, pinggang, pinggul dan betis.

Selain itu, ia turut mempunyai tali pengikat bersilang yang lembut dan ringan (diperbuat daripada graphene) untuk pemanasan di bahagian abdomen. Terapi spa haba ini dapat membantu melegakan ketegangan otot secara keseluruhan dan mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh kekejangan otot atau senggugut.

Program Stretch 230°

Telah dirujuk dan disahkan sepenuhnya oleh Tit-Tar Master, Dato’ Seri Master Chris Leong, program ini disyorkan kerana ia memberikan regangan seluruh untuk melonggarkan ketegangan otot pada sudut 230°.

Ia memfokuskan pada bahagian leher, bahu, belakang, pinggang, lumbar dan kaki. Justeru, ia secara tidak langsung dapat membantu untuk membuat senaman regangan bagi penjajaran struktur badan bagi meningkatkan kekuatan otot secara fleksibiliti sendi.

cara hargai suri rumah
Terapi Spa Lutut

Bukan itu sahaja, GINTELL S6 Wellness SuperChAiR ini juga ditambah baik dengan fungsi Terapi Spa Lutut. Sesuai untuk warga emas dan ahli sukan, ia memfokuskan pada bahagian betis dan lutut.

Ia juga menggalakkan pengedaran darah, melonggarkan kekejangan otot, sendi dan secara keseluruhan membantu melegakan kesakitan yang dialami.

Menarik bukan? Untuk pengetahuan korang, sempena pelancaran GINTELL S6 ini, GINTELL menawarkan promosi masa terhad iaitu sebanyak RM11,988 sahaja (RM333 sebulan). Harga jualannya di pasaran adalah sebanyak RM25,988(sebelum diskaun). Dalam pada itu, korang juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah percuma yang bernilai RM4000.

Tak salah nak hargai dengan cara sebegini, pasti akan buatkan isteri korang tersenyum sentiasa.

Untuk maklumat lanjut, lawati bilik pameran GINTELL terdekat korang dan hubungi +6017-555 2086  atau boleh layari www.gintell.com.

Sofea

There's always another side to every story