Siakap Keli
Gambar Via Nazirul Afzal

Terus Berubah, Lelaki ‘Belanja’ Hasil Deko Rumah Kos Rendah, Bila Siap Terus Nampak Mewah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila memiliki rumah sendiri, setiap orang pasti sentiasa mengimpikan untuk menambahbaik ruang kediaman. Walaupun mungkin ia hanyalah rumah kos rendah, tetapi dengan pengubahsuaian dan dekorasi yang sesuai, hasilnya nanti pasti akan kelihatan luar biasa.

Sama seperti hasil ubahsuai rumah yang dikongsikan oleh Nazirul Afzal di Facebook ini. Menerusi perkongsiannya, rumah kos rendah yang dimiliki oleh keluarganya bertukar menjadi seperti sebuah rumah mewah.

Dibeli oleh ibunya pada tahun 90-an dengan harga RM22,000, kini penampilan rumahnya dari luar dan dalam berubah 100 peratus.

 

 

“Lepas beberapa belas tahun memiliki rumah ini, kami baru ada rezeki lebih untuk mengubahsuainya,” katanya ketika dihubungi SK.

Menurut Nazirul, pengubahsuaian rumah itu memakan masa selama dua bulan dengan kos keseluruhannya adalah sebanyak RM70,000.

Nazirul juga menjelaskan bahawa pengubahsuaian di bahagian hadapan rumahnya tidak menganggu jalan orang ramai.

“Kebanyakan rumah kos rendah memang 90 peratus renovate sampai luar tapi tak makan jalan.

“Sama seperti rumah saya, kereta dan lori masih lagi boleh lalu, ruangnya sangat luas,” katanya.

Tambahnya lagi, perkongsiannya itu juga adalah untuk memberi idea dan inspirasi mengenai dekorasi dan hiasan dalam rumah kepada sesiapa yang memiliki rumah kos rendah dan sederhana.

Sumber: Nazirul Afzal

Sofea

There's always another side to every story