Siakap Keli
Gambar: Shue Azmi

Jauh Beza, Akak Ni “Renovate” & Deko Rumah Kos Rendah Jadi Cantik Macam Banglo Mewah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebut tentang dekorasi rumah, agak banyak ‘minat’ dan tema yang menjadi idaman ramai orang. Semuanya demi untuk kepuasan dan keselesaan seisi keluarga.

Tidak kurang juga, banyak group komuniti di Facebook yang mengumpulkan ribuan peminat dekorasi rumah. Bermacam-macam idea dan contoh gambar rumah saling dikongsi dalam group tersebut.

Baru-baru ini, seorang warga group Dekorasi Rumah Sebelum Selepas (DRSS), Shue Azmi ada berkongsi hasil renovasi dan dekorasi di rumahnya sendiri. Jangan terkejut, kediaman yang cantik ini asalnya hanyalah sebuah rumah kos rendah.

Jom ikuti perkongsian ini.

Gambar: Shue Azmi

Shue Azmi berkongsi dengan kapsyen berikut:-

Salam semua warga deco S & S dari newbies. Nak share jugak walau takdalah elok sangat.

Sebelum & selepas rumah kos rendah 2 bilik, buat design dan deco sendiri-sendiri je, cedok sana-sini sikit. Alhamdulillah baru 5 lima bulan duduk.

Ramai yang tanya kos renovate ni. Saya jawab kat sini saja ya. Total UPAH & barang kasar RM160K.

Saya tambah depan atas & bawah, belakang pun sama tarik depan atas dan bawah (3 bilik + 1 living room + 1 toilet).

Jom kita tengok gambar-gambar perbezaan sebelum dan selepas direnovasi di bawah ini.

Ruang tamu yang memanjang hingga ke dapur.

Gambar: Shue Azmi

Sekitar ruang tamu bersebelahan tangga untuk ke atas.

Gambar: Shue Azmi

Kawasan belakang rumah. Dulunya bertanah dan ditumbuhi pokok, kini ‘ditutup’ dengan ruang baharu yang ‘ditarik’ ke belakang.

Gambar: Shue Azmi

Bahagian dapur yang terkini.

Gambar: Shue Azmi

Ruang basuh baju dan tandas.

Gambar: Shue Azmi

Tandas dan bilik mandi yang tersergam indah.

Gambar: Shue Azmi

Ruang tangga dulu dan sekarang.

Gambar: Shue Azmi
Gambar: Shue Azmi

Ruang bersantai dan meja makan.

Gambar: Shue Azmi

Ruang tamu dari sudut tepi. Penggunaan cermin penuh pada dinding menambahkan lagi ilusi seakan-akan ia begitu luas dan memanjang ke belakang.

Gambar: Shue Azmi

Sumber: Shue Aziz melalui Deko Rumah Sebelum Selepas

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'