Siakap Keli
Zeppo Youngsterz Juara Body Rock 2023
Gambar: TikTok @Zeppo Youngsterz & FB Body Rock Asia Dance Competition

Kumpulan Tarian Dari Malaysia, Zeppo Youngsterz Juara Body Rock 2023 Di San Diego

Kumpulan Tarian Dari Malaysia, Zeppo Youngsterz Juara Body Rock 2023 Di San Diego

CALIFORNIA —  Kumpulan tarian dari Malaysia, Zeppo Youngsterz  mencipta sejarah buat tanah air selepas diumumkan sebagai juara Body Rock 2023 di San Diego, California, Amerika Syarikat semalam.

Zeppo Youngsterz menjadi pasukan pertama dari negara menjuarai kejohanan tersebut dan mengetepikan cabaran kumpulan tarian lain dari seluruh dunia.

Detik-detik kemenangan itu sempat dikongsikan oleh ahli kumpulan berkenaan di TikTok mereka. Suasana dipenuhi dengan sorakan dan tepukan gemuruh daripada peminat yang turut berada di Rock Church berkenaan.

Ahli kumpulan itu pada awalnya seakan-akan terkedu selepas nama Zeppo Youngsterz diumumkan sebagai pemenang sebelum saling berpelukan meraikan detik penuh bersejarah itu. Lebih manis bendera Jalur Gemilang juga dibawa naik bersama ke atas pentas oleh salah seorang krew tarian kumpulan itu.

Dalam pertandingan tarian tersebut, tempat kedua diraih oleh kumpulan JukeBox Fam dari Mexico. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Northside dari Kanada.

@zeppoyoungsterz

From Malaysia to USA! We made it guys! World Champion of Body Rock 2023! Thank you for making this journey possible ❤️ #ZY2SanDiego #ZeppoYoungsterz #Malaysia #AsiaPacific #BodyRockDanceCompetition

♬ original sound – The Zeppo Youngsterz – The Zeppo Youngsterz

Kemenangan bakat-bakat muda negara itu juga dikongsikan dalam satu hantaran Facebook rasmi, Body Rock Asia Dance Competition.

“Juara Body Rock 2023.

Zeppo Youngsterz Crew (Malaysia).

“Tempat kedua: JukeBox Fam (Mexico).

“Tempat ketiga: Northside (Canada),” maklumnya dalam satu kenyataan.

Pihak penganjur turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang terlibat dalam pertandingan tarian itu.

“Tahniah!!! Kepada semua pasukan BR Asia, anda semua membuat kami bangga,” jelas kenyataan tersebut.

Berkat Sumbangan Dana & Doa Daripada Dari Rakyat

Sebelum ini, Zeppo Youngsterz menerusi satu perkongsian di Instagram memaklumkan bahawa kumpulan tarian itu layak bertanding dalam Kejohanan Tarian Body Rock Grand Final 2023. Kejohanan itu berlangsung pada 24 Jun, di San Diego, California.

BACA JUGA: Nyanyian Runtun Hati Ramai, Putri Ariani Raih “Golden Buzzer” Di AGT

Jelas pasukan itu, mereka amat berbangga dapat membawa nama Malaysia ke persada dunia. Lebih-lebih lagi dapat berentap bersama pelbagai pasukan tarian profesional dari pelosok dunia.

“Kami amat berbangga menjadi krew pertama dan satu-satunya yang mewakili Malaysia di sana, bersaing dengan pelbagai krew tarian profesional yang datang dari Filipina, Jerman, Kanada, Mexico dan sebagainya,” maklum kelab tersebut.

Walaupun menghadapi masalah kewangan untuk ke sana, mereka akhirnya berjaya dan membawa nama Malaysia dengan sangat cemerlang.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.