Toyota Gesa Pelanggan Berurusan Dengan “Sales Advisor” Yang Sah, Elak Scammer
UMW Toyota Motor menggesa pelanggan yang sedia ada dan pelanggan baharu untuk hanya berurusan dengan penasihat jualan yang sah bagi mengelak daripada terperdaya dengan penipuan yang dibuat penyamar.
Kenyataan yang dikeluarkan menyatakan pihak Toyota Malaysia telah mengetahui kewujudan penipu yang menggunakan jenama itu untuk memancing pelanggan.
“Kami telah mengetahui bahawa penyamar menggunakan nama Toyota dan bertindak sebagai penasihat jualan untuk menipu individu yang tidak curiga.
“Kami ingin memastikan keselamatan dan keselamatan kewangan anda dengan memaklumkan berkaitan aktiviti penipuan ini.
“Kami menggesa anda untuk mengelak daripada berkongsi maklumat peribadi anda atau daripada melakukan transaksi dengan syarat pembayaran tempahan yang mencurigakan,” ujarnya.

Toyota Malaysia turut meletakkan pelanggan sebagai keutamaan mereka untuk memastikan mereka hanya dapat perkhidmatan yang terbaik jenama tersebut.
“Keselamatan dan kepuasan anda adalah keutamaan kami. Kami komited untuk memberikan anda maklumat yang boleh dipercayai untuk melindungi anda daripada penipuan.
“Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan atau memerlukan bantuan lanjut, sila jangan teragak-agak untuk menghubungi kami,” katanya.
BACA: Daihatsu Mengaku Palsukan “Result” Ujian Kemalangan, Kereta Perodua & Toyota Antara Yang Terlibat
Toyota gantung penjualan model Yaris Ativ di Thailand akibat masalah ujian keselamatan
Beberapa bulan lalu, , Toyota telah menggantung penjualan kereta jenis Yaris Ativ selepas sekutunya Daihatsu terlibat dalam penipuan ujian keselamatan perlanggaran sisi.
Berita itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Toyota bagi rantau Asia, Masahiko Maeda dalam sidang media di Bangkok.
Menurut Maeda, masalah itu mungkin berlaku disebabkan tekanan semasa pembuatan model Ativ, sambil menambah bahawa kenderaan yang digunakan pelanggan adalah selamat.
“Sekiranya pembuatan dijalankan dalam keadaan yang sesuai, masalah seperti ini sudah tentu tidak akan berlaku,” kata Maeda.
“Saya fikir bahawa perkara itu masih berlaku, ia bermaksud terdapat tekanan dalam pembuatannya,” kata Maeda lagi.
Tambah beliau lagi, pengeluaran kenderaan dalam saiz yang agak besar mungkin telah memberi cabaran dalam pembuatan tersebut.
Toyota dan Daihatsu dedahkan pada bahawa mereka sedang menyiasat bagaimana keputusan ujian keselamatan telah ditukar.
Sumber: Toyota Malaysia/Facebook