Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Bulih Lalu Dohh”, Laluan Kuala Lipis-Gua Musang Dibuka Semula

Iqbal Yasir
laluan kuala lipis-gua musang dibuka
Gambar: Facebook Alexander Nanta Linggi

“Bulih Lalu Dohh”, Laluan Kuala Lipis-Gua Musang Dibuka Semula

KUALA LUMPUR — Laluan utama yang menghubungkan Kuala Lipis ke Gua Musang kembali beroperasi semula 25 Jun lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan di Facebook rasmi miliknya.

Difahamkan, jalan itu ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan untuk Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C yang dijalankan sejak 3 April lalu.

Katanya, pembukaan jalan raya di Lingkaran Tengah Utama Pakej 3B dan 3C Gua Musang memberikan kelegaan buat pengguna.

“Bulih lalu dohh!

“Itulah rata-rata reaksi pengguna jalan raya di Lingkaran Tengah Utama Pakej 3B dan 3C Gua Musang yang begitu teruja apabila laluan ini dibuka secara rasminya hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa hanya kenderaan ringan sahaja boleh melalui laluan tersebut buat waktu ini.

Pembukaan laluan tersebut bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini.

Secara tidak langsung pembukaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang musim perayaan tersebut.

BACA JUGA: Raya: Aliran Trafik Di Gua Musang Perlahan Tetapi Terkawal

“Laluan ini dibuka kepada kenderaan ringan sebentar tadi selepas laluan ini siap dibina pada 22 Jun lalu.

“Pembukaan laluan ini tentunya akan memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur dan tentunya penduduk tempatan.

“Saya juga berharap pembukaan laluan ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya yang akan pulang menyambut Hari Raya Aidil Adha yang bakal tiba dan juga selepas musim perayaan nanti,” maklumnya lagi.

Jalan Utama Gua Musang-Kuala Lipis Ditutup

Terdahulu, penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis telah menyebabkan aliran trafik sesak, lapor Bernama.

Difahamkan, jalan itu ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C yang sedang dijalankan.

BACA: Lelaki Berswafoto Selepas Cederakan Pekerja Kedai Serbaneka Didakwa

Sumber: Facebook Alexander Nanta Linggi