Siakap Keli
syahmi sazli scammer
Kredit: PDRM/Instagram

Awas, Hati-hati Dengan ‘Syahmi Sazli’ “Scammer”

Awas, Hati-hati Dengan ‘Syahmi Sazli’ Scammer

Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati daripada menjadi mangsa “scammer” menerusi taktik terbaharu yang memaklumkan telah memenangi hadiah dengan cara mudah.

Menurutnya, scammer menggunakan maklumat peribadi yang didapati menerusi akaun media sosial untuk memancing mereka yang tidak mempunyai rasa curiga.

“Anda dinasihatkan supaya tidak terlalu teruja apabila dimaklumkan memenangi hadiah dengan cara yang mudah.

“Itu adalah salah satu cara scammer menggunakan maklumat peribadi anda menerusi akaun media sosial palsu bagi tujuan penipuan,” katanya.

Polis turut berharap dengan perkongsian yang dibuat dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat sejagat.

“Perkongsian modus operandi sindiket, tips dan nasihat daripada Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police ini diharap dapat membantu anda untuk membuat semakan terlebih dahulu agar tidak menjadi salah seorang mangsa penipuan,” tambahnya.

Difahamkan, antara yang dapat dikesan adalah scammer yang menggunakan nama seorang Youtuber terkenal, Syahmi Sazli, di mana mereka secara aktif melakukan taktik tersebut di Facebook.

Menyamar menjadi individu terkenal

Individu tersebut menyamar sebagai Syahmi Sazli dan memuat naik hantaran berkaitan tawaran hadiah.

Mereka menggunakan taktik itu menerusi perkongsian secara langsung (live) yang dilakukan di platform Facebook.

Kredit: PDRM/Instagram

Perkongsian secara langsung itu memaparkan muka seorang individu yang dilihat seakan-akan mirip Syahmi Sazli.

“250 orang pertama yang berkata salam, saya beri RM1,000 mulai sekarang,” memetik kapsyen itu.

Tidak lama selepas itu, mangsa akan menerima satu pesanan teks yang dihantar melalui mesej peribadi yang menunjukkan mereka telah memenangai tawaran hadiah tersebut.

Kredit: PDRM/Instagram

Mesej itu menyatakan mangsa telah memenangi cabutan bertuah dan wang berjumlah RM1,000. Ia juga hanya memberikan mangsa 30 minit untuk mendaftar sebagai pemenang.

Selepas itu, pemenang dikehendaki memberikan tangkap layar pendaftaran sebagai bukti dan perlu menunggu lima minit untuk wang dimasukkan ke dalam akaun.

Pemenang perlu mengisi maklumat berkaitan dengan bank selain daripada maklumat peribadi.

Sebagai contoh di bawah ini.

Kredit: PDRM/Instagram
Kredit: PDRM/Instagram

Untuk memastikan mangsa terpedaya, scammer itu akan memaparkan perkataan ‘Tahniah’ menandakan mangsa berjaya memenangi cabutan bertuah sebanyak RM1,000.

Kredit: PDRM/Instagram

Awas, elakkan terpedaya dengan taktik tersebut supaya tidak terjerumus dengan perangkap yang dilakukan. Tidak pasti jangan kongsi.

Sumber: PDRM/Instagram

BACA: Toyota Gesa Pelanggan Berurusan Dengan “Sales Advisor” Yang Sah, Elak Scammer

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana