Selain Potong Ikut Urat, Ini 13 Tips Lain Kalau Nak Daging Lembut & Tak Liat
Dua hari lagi seluruh, seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha. Ketika sambutan perayaan ini, sebahagian besar komuniti bakal menerima pemberian daging korban.
Pastinya ramai diantara kita bakal menyimpan daging ini sebagai stok lauk pada hari mendatang untuk masakan.
Namun begitu, daging sekiranya tidak dicuci dengan betul, ia boleh mempengaruhi kualiti daging dalam masakan. Sebagai contoh, daging berbau hamis dan termasuklah daging menjadi liat.
Tentunya anda mahu tips bagaimana daging yang dimasak menjadi lembut dan senang dimakan bukan? Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian di bawah.
Nak Daging Lembut? Ikuti Tips Ini

Korang masak menu daging lagi ke.. Haa ni ada tips nak lembutkan daging..
13 Tips Wow Untuk Lembutkan Daging
Raya korban sinonim dengan lambakan daging korban. Ada daging lembut, ade yang liat sampai susah nak makan.
Mesti ramai dah tahu tips nak lembutkan dagingkan.
Tapi ari nie Kak Reen nak share lagilah tips untuk lembutkan daging.
Potong daging harus melintang urat
Insya Allah lembut. Jangan mengikut urat nanti susah nak makan.
Cuka
Cuci bersih daging kemudian masukkan cuka dalam 2 sudu besar. Gaul dan perap dalam 30 minit. Nak masak nanti boleh terus masak macam tu. Nak cuci pun boleh. Tapi saya suka masak terus mcm tu tanpa bilas cuka tu sebab rasa masakan masam-masam sikit dan takde bau hamis daging.
Rebus daging dengan air campur gula
Kenapa gula? Apabila air dicampur gula, suhu didih akan meningkat lebih dari 100 darjah Celsius. Jadi daging cepat lembut. Kemudian, bila dah lembut, keluarkan daging, masaklah ikut menu kita nak makan.
Rebus daging dalam air campur dengan pucuk betik
Rebus macam biasa. Dah lembut daging keluarkan daun betik dan masak macam biasa. (Ini tips orang orang lama).
BACA JUGA: Elak Kena Penyakit, Ini Tips Tanam Cili Agar Kekal Subur & Sihat
Rebus daging dalam air
Rebus daging dalam air, kemudian masukkan sebatang sudu besi. Biarkan menggelegak dan masak macam biasa.

Rebus daging gunakan akar pandan
Ambil akar pandan, cuci bersih dan masukkan dalam periuk berisi daging dan tulang. Insyaa Allah lembut sampai tercabut dari tulang.
Gula Batu
Boleh letak seketul gula batu time merebus daging atau tulang. Rebus tulang atau daging macam biasa.
Kurma
Boleh masukkan beberapa biji buah kurma masa merebus daging atau tulang.
Nenas
Ramas nenas dan gaul bersama daging dan perap sebelum direbus.
Halia Dan Garam
Ambil halia dan tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perapkan bahan ini dengan daging selama anggaran setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih dan masaklah daging itu seperti biasa.
Ketul Ais
Masukkan beberapa ketul ais ke dalam bekas yang berisi daging. Biarkan seketika kemudian cuci. Daging akan cepat empuk.
Soda Bicarbonate
Cuci daging dengan Soda Bicarbonate. Perap sekejap lepas tu cuci bersih. Baru masak seperti biasa.
Sumber: Facebook Wan Azreen Ariff via Umi Kalsom Ahmad via Facebook Kumpulan Masak Apa Hari Ni (MAHN)