Siakap Keli
tips tanam cili
Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Elak Kena Penyakit, Ini Tips Tanam Cili Agar Kekal Subur & Sihat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Elak Kena Penyakit, Ini Tips Tanam Cili Agar Kekal Subur & Sihat

Bagi penggemar tanaman, menghiasi halaman rumah dengan tanaman-tanaman hijau pastinya menjadi hobi.

Bukan sahaja dapat menyejukkan mata dan suasana malah ia boleh menjadi satu terapi minda.

Dalam minat bercucuk tanam, kita juga boleh menanam sayur-sayuran yang dijadikan bahan masakan seperti kacang bendi, halia, serai dan termasuklah cili.

Cili atau di utara tanah air lebih dikenali sebagai cabai sering menjadi bahan penting dalam masakan.

Oleh itu, ia tidak menjadi satu kerugian untuk mereka yang ingin menanam tanaman cili.

Sehubungan itu, SK kali ini akan berkongsikan tips untuk penanaman cili oleh Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kebun (CK). Semoga bermanfaat.

Tips tanam pokok cili dari kena penyakit berterusan.

Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Pokok cili@cabai ini memang banyak serangga yang suka dan serang. Jika kita tidak jaga dari awal pokok akan rosak(kerinting) dan buah tidak keluar lebat(pucuk terbantut).

Ramai penanam cili di kawasan rumah sukar untuk jaga pokok cili ini sentiasa sihat dan keluar hasil yang berterusan. 

Tips ini CK nak kongsi supaya hangpa boleh tanam cili dan hasilnya akan dapat banyak dan pokok sentiasa sihat. 

BACA JUGA: Mudah Je, Wanita Kongsi Tips Tanam Halia Di Rumah

Seeloknya sebelum hangpa tanam cili buat kawalan serangga dahulu. Cari ubat untuk buat semburan awal dari tanah yang nak tanam, persekitaran dan pokok-pokok yang ada berdekatan dengan cili nanti. 

Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Semasa proses semaian, buat semaian dalam mini greenhouse yang ada netting kalis serangga atau plastik di sekeliling, semasa proses semaian buat semburan serangga dan kulat secara konsisten 2 minggu sekali.

Elakkan tanam pokok cili di tempat yang sama berulang kali, buat giliran tanaman bila mana habis satu pusingan hangpa tanam cili tu, habis cili tanam jenis kekacang pulak.

Tujuannya untuk atasi masalah serangga perosak terus membiak pada tanaman cili sehingga kita tidak mampu mengawalnya lagi.

Hangpa boleh cuba tips ini supaya pokok cili tidak menjadi perumah kepada pelbagai jenis serangga akhirnya akan merosakkan tanaman lain pula.

Sumber: Facebook Mohd Syafiq Ahmad Khasasi via Malaysia Plant Lovers

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?