Siakap Keli
tips tanam halia
Gambar: Zura Rahman

Mudah Je, Wanita Kongsi Tips Tanam Halia Di Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mudah Je, Wanita Kongsi Tips Tanam Halia Di Rumah

Sayur-sayuran merupakan bahan penting dalam pelbagai jenis masakan. Sudah tentunya, ia tidak lekang dan sentiasa ada di dapur rumah.

Oleh itu, ramai yang memilih untuk menanamnya di kawasan rumah. Dengan ini, para suri rumah tidak perlu bersusah payah untuk menghidupkan enjin motosikal atau kenderaan untuk mencarinya. Sekiranya, anda yang jenis suka menanam pelbagai sayur-sayuran, anda hanya perlu memetik di luar rumah sahaja tanpa mengeluarkan wang ringgit.

Antara sayur-sayuran yang mudah ditanam dan seringkali menjadi pilihan dalam masakan termasuklah kacang bendi, kangkung, cili, dan termasuklah halia.

Sebut pasal halia, ramai yang gemar membelinya di pasar atau kedai-kedai. Namun, sebenarnya ia lebih jimat jika anda sendiri menanam pokok ini di rumah sahaja.

Sehubungan itu, hari ini, SK akan berkongsikan tips menanam halia di rumah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Zura Rahman di bawah

Tips Tanam Halia

Tips tanam halia..

Saya nak beri tips sikit (walaupun saya tak pandai), sebab tips tanam halia, kunyi, lengkuas ni saya dapat daripada abang di kampung. 

Note: Tips untuk beginners

BACA JUGA: Tak Perlu Beli Lagi Dah, Wanita Ajar Cara Semai Kunyit Dalam Pasu

Sebelum ni, semua yang saya tanam tak hidup. Yang ni, 3 hari je tumbuh daun tunas yang hijau. Then growing up so fast.  Yang ni umur sebulan je. 

Tips dia:

Pertama letak rizom halia di tempat lembab untuk beberapa hari sehingga tumbuh tunas putih. Saya letak di dalam sinki yang sebelah dapur.

Kedua alihkan atau tanam rizom ke dalam pasu (lebih senang jaga terutamanya musim hujan).  Tanam hanya separuh atau dalam 70 peratus sahaja body dua di dalam tanah. 

(Ni tips yang abang kasi. Saya buat perkara yang sama untuk lengkuas. Hidup dan membesar dengan jaya).

Selalunya saya tanam dalam tanah. Takde yang hidup. Berbulan-bukan tak nampak apa. Rupanya dia bertunas dalam tanah. 

Kita cangkul nak buang kononnya dia tak hidup, tapi masih hidup rupanya.

Bila kita alih tempat yang elok, terus dia mati.

Sumber: Zura Rahman via Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?