Siakap Keli
semai kunyit pasu

Tak Perlu Beli Lagi Dah, Wanita Ajar Cara Semai Kunyit Dalam Pasu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak Perlu Beli Lagi Dah, Wanita Ajar Cara Semai Kunyit Dalam Pasu

Kunyit merupakan bahan penting dalam pembuatan masakan di dapur. Jika tiada bahan ini ia seperti tidak lengkap sama juga seperti serai, halia, dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, harga kunyit hidup ini juga saban hari semakin meningkat. Perkara ini membuatkan ramai golongan suri rumah beralih kepada kaedah penanaman kunyit di rumah sahaja.

Namun, tidak semua semaian berjaya hidup dengan baik. Oleh itu, hari ini, SK akan berkongsikan cara menanam kunyit hidup di dalam pasu.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Engkay Nik Mustaffa di bawah.

Cara Semai Kunyit Dalam Pasu

Gambar: Engkay Nik Mustaffa

Hari ni pelatih bermurah hati berikan tunas kunyit yang dah bercambah. Katanya dia beli kunyit untuk buat masker muka, lepas dua kali buat, lupa. Bila nak mengemas, baru perasan semua kunyit dah bertunas.

Bila baru nak menanam, rasa memang mencabar kan? Orang sekarang kata “nubis” (newbie) Orang kata – pandai tanam dan pokok hidup, sebab tangan sejuk. Tak pandai tanam, tangan panas. Macam-macam lah analogi yang diberikan. Ada yang kata orang yang pandai bercucuk tanam ni tangan hijau, tangan sejuk, green finger. Err..saya ni kategori darah manis. Bagi saya, saya berpegang pada prinsip doa, usaha, ikhtiar, tawakkal.

BACA JUGA: Ilham Dari Universiti Thailand, Ini Teknik Tanam Pisang Terbalik Yang Wajib Dicuba

Sewaktu awal remaja dulu, pokok orkid yang lasak pun mati saya kerjakan. Puncanya terlebih baja, konon nak pokok cepat besar, letak la baja lebih. Akhirnya pokok orkid mati sebab kemasinan baja.

Yang penting, nak buat apa-apa pun, perlu tuntut ilmu dulu. Jom, saya kongsikan cara tanam kunyit. Esok, sebelah petang atau hujung minggu ni dah boleh mula tanam kunyit. InsyaAllah.

Cara-caranya

Gambar: Engkay Nik Mustaffa

Pertama, pergi ke kedai atau pasar yang menjual kunyit hidup.

Kedua pilih kunyit yang sudah keluar mata tunas. Lagi besar mata tunas, lagi cerah peluang untuk hidup. Kalau tak jumpa yang dah bertunas, ada option kedua iaitu cari kunyit yang tidak cedera mata tunasnya.

Gambar: Engkay Nik Mustaffa

Ketiga, mata tunas ni senang saja untuk dikenalpasti. Warnanya sedikit keputih-putihan. Menandakan kunyit itu dah sedia untuk mengeluarkan pucuk.

Keempat, sediakan tanah dengan komposisi 50 peratus pasir, 50 peratus tanah biasa. Anda juga boleh menggunakan medium cocopeat, tanah 6 in 1, 3 in 1 dan sebagainya.

Kelima, tanam kunyit yang anda beli lebih kurang sedalam 2-3 inci dalam tanah. Siram 2 kali sehari. Medium gembur dan poros ini memudahkan anak pokok bercambah dan supaya anak pokok tidak terendam air yang banyak hingga terencat tumbesarannya. Biasanya daun keluar dalam masa seminggu atau 2 minggu.

semai kunyit pasu
Gambar: Engkay Nik Mustaffa

BACA JUGA: Jana Pendapatan Lepas Bersara, Lelaki Kongsi Tips Tanam Petai Hingga Dapat Hasil Lumayan

Keenam, setelah dah keluar daun dan anak pokok dah setinggi sejengkal, alihkan anak pokok ke tanah biasa atau tanah bercampur kompos. Ini untuk membantu pembesaran yang maksimum. Saya tak pindah pun sebab suka dengan daun yang sedikit bushy, cuma saya perlu kerap membaja.

Ketujuh, dari segi pembajaan dan siraman pula, boleh digunakan air basuhan beras, air basuhan ikan atau baja tinja ayam, baja AB dan sebagainya yang sesuai. Nak siram dengan air paip pun boleh. Namun pastikan air tidak bertakung.

semai kunyit pasu
Gambar: Engkay Nik Mustaffa

Kelapan, untuk mendapatkan daun kunyit yang cantik, ia perlu didedahkan kepada cahaya matahari sekurang kurangnya 6 jam sehari. Untuk tujuan ini saya letak ditepi bumbung. Maksudnya bila matahari pagi, pokok kunyit mendapat cahaya, bila matahari berganjak, ia dilindungi.

Sembilan, untuk mendapatkan isi kunyit yang banyak, medium perlu poros. Kalau guna tanah biasa, perlu digemburkan selalu.

Sumber: Engkay Nik Mustaffa via Kumpulan Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?