Siakap Keli
tips tanam petai
Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Jana Pendapatan Lepas Bersara, Lelaki Kongsi Tips Tanam Petai Hingga Dapat Hasil Lumayan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jana Pendapatan Lepas Bersara, Lelaki Kongsi Tips Tanam Petai Hingga Dapat Hasil Lumayan

Tahun demi tahun, usia kita semakin menginjak tua. Ada sesetengah orang telah membuat perancangan awal sama ada untuk membuka perniagaan, bercucuk tanam dan sebagainya sebelum bergelar pesara.

Bagi mereka yang mempunyai perancangan ini, setidaknya ia memberikan manfaat jangka masa panjang dengan menghasilkan “duit poket” dan memudahkan perbelanjaan seharian kita ketika pencen di samping tinggal bersama keluarga tercinta.

Namun, apakah pekerjaan yang kira-kira boleh dilakukan bagi mereka yang ingin bersara?

Hari ini pihak SK akan berkongsikan tips bagaimana seorang lelaki menghasilkan duit poket hanya dengan bercucuk tanam petai selepas tidak lagi berkhidmat dalam bidang pekerjaan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Mohd Syafiq Ahmad Khasasi atau lebih mesra dipanggil CK (Cikgu Kebun) di bawah.

Planning Duit Pencen Hanya Dengan Tanam Petai

Jom tanam petai, “planing duit pencen” masa tua nanti cara “Toknon Tukang”.

Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Semalam CK balik kampung di Belantik Sik Kedah, jadi CK sembang dengan ayah kenapa dia tanam pokok petai banyak. Sebelum CK terlupa nama “Toknon Tukang” panggilan manja ayah mertua CK sebab dia punya kerja hakiki tukang rumah kampung.

Tanam Petai Duit Poket
Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Lepastu dapat pulak menantu pun kaki suka menanam ni, satu kepala la hangpa dengan ayah jadi banyak cerita kami akan berkongsi pasal tanaman ni. Jadi CK nak kongsi cerita macam mana ayah CK buat planning tanam petai untuk duit pancen dia.

Tanam Petai Duit Poket
Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

BACA JUGA: Guna Tali Mop, Ini Cara Tanam Daun Sup Agar Tumbuh Subur

Apapun bersyukur hangpa orang yang kerja makan gaji yang ada pencen, kira tua-tua tak berkhidmat lagi tapi ada la duit untuk sara hidup. Macam CK kerja sendiri ni kena fikir jugak cara macam ayah buat.

Tanam Petai Duit Poket
Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Jadi CK nak kongsi kisah ayah mertua CK planing duit pencen dia dengan tanam petai, uishhhhh padu jugak hangpa..

Tanam Petai Duit Poket
Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Ayah memang pandai bab planning ni itu sebab dia jadi tukang rumah yang berjaya, dia punya kira-kira panjang lebar tinggi ni main congak-congak ja siap sebiji rumah cara kampung orang tua-tua dulu la..

Tanam Petai Duit Poket
Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Tapi CK suka bab dia buat perancangan duit pencen dia dengan tanam petai dan buah-buah kayu yang lain…

Tanam Petai Duit Poket
Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Hangpa kira tengok, pokok petai ni dia tak ada musim, dia boleh berbuah sepanjang tahun jika cuaca baik. Petai ni selalu orang kampung sebut sepapan. Sepokok yang subur umur 15- 20 tahun akan keluar hasil 400-800 papan sepokok.

Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi
Tanam Petai Duit Poket
Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Okey kita kira yang pokok muda sikit, dalam umur 6-7 tahun. Umur macam ni pokok akan mula berbuah bergantung pada kawasan tanaman dan tanah serta cara pembajaan. Pokok yang umur macam ni akan berbuah lebih kurang 200 papan sepokok. 

BACA JUGA: Mudah Je, Abang Ni Ajar Cara Nak Tanam Pokok Pisang Dalam Pasu

Pokok ayah tanam lebih kurang 100 pokok x 200 papan sepokok(sepanjang tahun) = 20,000 ribu papan setahun X 80sen (sepapan harga borong) = RM 16,000 ribu setahun lepastu bahagi 12 bulan, jadi sebulan jatuh lebih kurang RM1300 sebulan.

Gambar: Mohd Syafiq Ahmad Khasasi

Seminggu lebih kurang RM300, jadi lepas la duit untuk tanggung kehidupan dia dan mak untuk beli lauk dan beras depa berdua. Hangpa tau, punyalah laku buah petai ni. Sebelum ayah ambil buah lagi 2-3 peraih akan tanya, bila selesai ambil ayah boleh pilih nak jual pada sapa. Selalunya ambil pagi, pagi tu jugak peraih akan datang beli.

Macam nilah cara ayah CK planing buat duit pencen dia, semenjak CK kahwin dengan istri tidak penah sekali pun CK dengar ayah mintak duit pada anak menantu dia, kami selalu ja bagi duit pada dia dan mak, tapi selalunya ayah akan cepat-cepat ambil duit lain untuk bagi semula pada cucu.

Tunggu part 2 CK kongsi cerita macam mana teknik tanam petai cara “Toknon Tukang”, pehhhh teknik tanam ni lagi hebat, jarang-jarang ilmu ni ada orang kongsi..tapi hangpa tolong CK dulu share posting ni bagi inspirasi pada orang lain buat duit pencen depa jugak. TQ hangpa.

Sumber: Mohammad Syafiq Khasasi via Malaysia Plant Lovers

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?