Siakap Keli
tanam pisang dalam pasu
Gambar: TikTok Hijausurya

Mudah Je, Abang Ni Ajar Cara Nak Tanam Pokok Pisang Dalam Pasu

Mudah Je, Abang Ni Ajar Cara Nak Tanam Pokok Pisang Dalam Pasu

Pisang mempunyai khasiat yang cukup untuk badan selain rasanya lazat untuk dimakan.

Buah pisang sering menjadi pilihan masyarakat untuk dijadikan sebagai pencuci mulut. Ia juga boleh digunakan untuk membuat kek, kuih, dan boleh dimakan terus atau digoreng.

Penaman pokok pisang sangat popular di Malaysia kerana ia merupakan tanaman yang paling mudah diusahakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan tanaman yang lain.

Jika berada di kampung, anda pasti sudah biasa melihat pokok pisang ditanam di halaman atau belakang rumah. Namun pernahkah anda melihat ia ditanam di dalam pasu?

Sudah pasti ramai antara kita  yang ingin mencuba menanam pokok pisang sendiri di rumah tapi tidak mempunyai tanah yang luas terutama bagi yang menetap di bandar.

Justeru, tanam di dalam pasu adalah penyelesaiannya.

Baru-baru ini satu video tentang cara menanam pokok pisang menggunakan pasu bunga telah dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok @hijausurya

Ikuti perkongsian beliau yang telah kami sertakan di bawah ini, semoga bermanfaat.

Cara Tanam Pokok Pisang Di dalam Pasu Bunga

Langkah pertama, pastikan anda menyediakan pasu bunga berukuran 100 liter dan ke atas, tujuannya supaya akar pokok pisang yang tumbuh muat apabila pokoknya berbuah nanti.

Langkah kedua, anda perlu menyediakan lubang kecil di bahagian bawah pasu bunga. Tujuannya untuk pengairan yang baik. Hal ini supaya setiap kali air yang disiram ke dalam pasu bunga mencukupi dan mengelakkan pengumpulan air yang berlebihan.

Langkah ketiga, pastikan anda meletakkan batu bata atau apa-apa benda yang boleh menghalang pasu itu tidak terletak di tanah secara langsung. Tujuannya supaya air yang keluar dari lubang pasu bunga tidak bertakung yang akan mengakibatkan akar pokok pisang itu menjadi busuk

Langkah keempat, pemilihan tanah juga penting untuk menanam pokok pisang antaranya tanah kompos dan juga cocopeat sesuai digunakan.

Langkah kelima, cara menjaga pokok pisang sama seperti penjagaan pokok-pokok yang lain. Pokok pisang itu perlu disiram setiap hari.

tanam pisang dalam pasu

Nak tahu dengan lebih jelas? Jom saksikan video di bawah ini.

@hijausurya

Tanam pisang dalam pot? Bisa lah, bukan hal ajaib itu 😆 Mau juga? Ikut aja TIPS dari Bang Ricardo 😎 #hijausurya #smartfarming #tabulampot #teknologipertanian #pertanian #petanipisang #kebunpisang #petanimuda #petanimodern #kulturjaringan #petaninaikkelas #mudik #masukberanda

♬ suara asli – Hijau Surya – Hijau Surya

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

Sumber: hijau surya

Ezzatul Syafiqah