Siakap Keli
melancong switzerland bajet rahmah
Kredit: Facebook

Trip Bajet, Modal Cuma RM1,624 Dapat Melancong Di Switzerland 4H3M

Trip Bajet, Modal Cuma RM1,624 Dapat Melancong Di Switzerland 4H3M

“Kan seronok kalau dapat pergi melancong ke luar negara tetapi bajet murmur je,”

Berikut merupakan ayat yang sering bermain di fikiran rakyat Malaysia. Kebanyakan terpaksa memendam impian untuk melancong ke luar negara disebabkan jumlah wang yang agak ‘kurang ramah’ dalam kocek masing-masing.

Namun, apabila anda membaca perkongsian daripada Facebook milik Amirah Suraya, ia akan memberikan sedikit harapan untuk melancong ke luar negara.

Amirah Suraya berkongsi pengalamannya melancong ke Switzerland bersama rakan selama empat hari tiga malam, bermula dari 27 sehingga 30 April lalu.

Trip bajet ke Switzerland, kos tak sampai RM2K disana

Menariknya, wanita ini melancong ke Switzerland hanya membelanjakan kos sebanyak RM1,624 bagi seorang, iaitu bajet yang boleh dikatakan agak ‘rahmah’.

Menurut Amirah, tiada masalah untuk melancong ke luar negara dengan bajet sekecil itu. Cumanya, kita perlu bijak merancang perbelanjaan dengan teliti dan sistematik.

Misalnya untuk pengangkutan disana, dia membeli Saver Day Pass (SDP) untuk tiga hari. Pas ini membolehkan pengguna untuk menaiki semua pengangkutan awam tanpa sebarang had.

Pelancong disyorkan membeli Saver Day Pass (SDP) kerana sangat berbaloi

Pas ini difahamkan sedikit berbeza dengan Swiss Travel Pass, yang mana SDP menawarkan diskaun bagi-bagi kenderaan yang menunjukkan permandangan indah di sekitar Switzerland.

Harga pas berkenaan adalah 52 CHF (RM271.08) bagi sehari dan jumlah keseluruhan untuk tiga hari adalah sekitar 56 CHF (RM761.42).

Seterusnya, Amirah menerima Geneva Transport Card pada hari terakhir berada disana. Kad tersebut menawarkan pengangkutan percuma untuk dalam bandar.

Amirah juga berkongsi pengalaman berkunjung  ke Mountain Excursions (lawatan ke kawasan tanah tinggi di Switzerland) dengan menaiki kereta api Gornergrat Mattehorn. Kos pengangkutan tersebut adalah kira-kira 44 CHF (RM220).

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pembelian SDP dapat memberikan diskaun bagi mod pengangkutan di kawasan tarikan. Oleh itu, Amirah hanya perlu membayar 50 peratus dari kos sebenar Gornergrat Mattehorn.

Untuk tempat tinggal pula, mereka telah menetap di Walters Hostel selama dua malam. Kos penginapan di hostel tersebut sekitar RM405.50 sahaja.

Amirah menyarankan orang ramai untuk memilih tempat penginapan tersebut kerana memiliki pelbagai kemudahan dan manfaat.

“800 meter dari Stesen Interlaken OST Bahnhof. Sangat dekat dengan stesen bas. Bilik yang luas serta memiliki ruangan dapur dan tandas yang dikongsi,”

Pada malam terakhirnya di Switzerland, Amirah telah memilih untuk menginap di Geneva Hostel dengan kos RM170 untuk satu malam. Kos berkenaan termasuk dengan kos bufet sarapan pada waktu pagi.

Menurut Amira, di Geneva Hotel mereka memilih untuk menyewa bilik asrama wanita yang mampu memuatkan lapan orang. Untuk kemudahan berkenaan, mereka berpuas hati untuk memberikan rating lapan per sepuluh.

Walaupun banyak kemudahan dan berdekatan dengan pengangkutan awam, namun mereka berdepan sedikit kesulitan dengan kemudahan mandi di situ.

Untuk kos makanan pula, mereka menyediakan sendiri makanan yang dibawa dari Malaysia. Barang tambahan yang dibeli cuma telur dan susu daripada koperasi kira-kira RM25 sahaja.

Manakala, untuk hidangan di dalam kereta api, harganya cuma 8.30CHF (RM42)

Tempat-tempat menarik di Switzerland

Kata Amirah, banyak tempat menarik dan dapat melakukan aktiviti secara percuma di Interlaken, Lauterbrunen, Staubach Falls, Grindelwald, Spiez, Zermatt, Gornegrat, Zweisimmen, Murren dan Geneva.

Antara tempat yang disarankan dan boleh dilawati secara percuma menerusi pembelian pas SDP adalah Mount Rigi, menaiki kereta kabel Cabrio di Stanserhorn, Murren dan Wengen.

Dengan pas yang sama, mereka juga boleh menjalani aktiviti ‘cruising’ di Vitnau dan Lake Thun.

“Banyak tempat menarik, tetapi tidak dapat dilawati kerana kekangan masa. Insyaallah, kami akan pergi pada masa yang akan datang,” katanya.

BACA: Jika Lampu Minyak Mula Berkelip, Berapa KM Lagi Kereta Boleh Jalan? Ini Jawapannya

Sumber: Amirah Suraya via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma