Siakap Keli
Gambar: Bernama

Tips Betul Simpan Daging Korban, Elak Daging Cepat Rosak & Tak Boleh Dimakan

Tips Betul Simpan Daging Korban, Elak Daging Cepat Rosak & Tak Boleh Dimakan

Kedatangan Hari Raya Aidiladha atau lebih sinonim dengan masyarakat  sebagari Raya Korban atau Raya Haji pastinya menjadi petanda peti sejuk atau freezer rumah anda bakal dipenuhi daging.

Ketika Raya Haji, umat Islam akan berpusu-pusu melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan dibolehkan dalam syariat agama.

Di Malaysia, antara haiwan yang sering dijadikan korban termasuklah kambing, lembu dan kerbau. Setelah proses sembelihan telah selesai, daging akan diagihkan kepada orang ramai dan asnaf.

Seperti yang diketahui, daging merupakan sumber protein yang baik untuk badan. Bahan mentah ini boleh dijadikan pelbagai jenis masakan.  Antara masakan yang sering dilakukan oleh masyarakat termasuklah gulai kawah, daging masak merah, BBQ, daging bakar dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, daging tidak dapat bertahan dalam tempoh yang lama sekiranya diletakkan di suhu tertentu.

Oleh itu, hampir kesemua daging disimpan pada suhu dibawah takat beku bagi menjaga kualiti dagingnya.

Namun, tidak ramai sebenarnya  yang mengetahui cara penyimpanan daging dengan betul. Lanjutan itu, mari kita ikuti perkongsian Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)  di bawah. Semoga bermanfaat.

BACA JUGA: Bagaimana Cara Potong Daging Melintang Urat Untuk Dapatkan Tekstur Daging Yang Lembut

Tips Simpan Daging Korban Dengan Cara Yang Betul

Cara pertama, jangan masuk daging terus bersama plastik yang tidak bersih ke dalam  peti sejuk.

Kedua, buang bendasing yang terlekat pada daging seperti serpihan daun pisang, pasir dan serpihan kayu.

Ketiga, potong daging kepada bahagian yang kecil dan masukkan ke dalam bekas plastik yang berpenutup mengikut kegunaan biasa di rumah.

Seterusnya, letak di bahagian sejukbeku yang suhunya sama atau kurang dari -18 darjah Celsius.

Terakhir, letakkan simpanan daging dengan bahan makanan yang boleh dimakan terus (RTE) seperti ais krim supaya mengelakkan pencemaran silang berlaku.

Tips Simpan Daging Korban
Gambar: BKKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.