Siakap Keli
Seramai 1,845,045 Jemaah Haji Direkodkan Bagi Musim Haji 2023 - Perangkaan Arab Saudi
Kredit: Bernama

Seramai 1,845,045 Jemaah Haji Direkodkan Bagi Musim Haji 2023 – Perangkaan Arab Saudi

Seramai 1,845,045 Jemaah Haji Direkodkan Bagi Musim Haji 2023 – Perangkaan Arab Saudi

MAKKAH, 28 Jun (Bernama-SPA) — Perhitungan Jabatan Perangkaan Am Arab Saudi menunjukkan jumlah jemaah haji bagi musim Haji 2023 mencecah 1,845,045 jemaah, termasuk 184,130 jemaah domestik.

“Daripada jumlah itu, seramai 1,660,915 merupakan jemaah antarabangsa yang tiba dari lebih 150 negara,” lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Jemaah antarabangsa dari negara-negara Asia dilaporkan paling ramai mewakili 63.5 peratus atau 1,056,317 jemaah diikuti negara-negara Arab (21% : 346,214), Afrika (13.4% : 221,863) dan Barat termasuk Eropah, Amerika dan Australia serta lain-lain negara yang tiada kategori (2.1% : 36,521).

Menurut jabatan itu, seramai 1,593,271 jemaah tiba melalui lapangan terbang termasuk 242,272 di bawah inisiatif “Makkah Route“.

Jumlah ketibaan melalui jalan darat pula seramai 60,813 jemaah, manakala 6,831 jemaah tiba melalui pelabuhan laut.

BACA: Baru Tahu, Rupanya Ini Beza Diesel Hos Biru Dengan Hos Hitam

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma