Siakap Keli
sumbangan ibu luth
Kredit: Founder Misi/Facebook

Sumbangan Diserah Sepenuhnya Kepada Ibu Luth – Founder Misi

Sumbangan Diserah Sepenuhnya Kepada Ibu Luth – Founder Misi

Sumbangan yang dibuat ke atas seorang kanak-kanak, Mas Muhammad Luth, yang menghidap penyakit ketumbuhan otak agresif, Glioblastoma Multiforme (GBM) tahap empat melalui Misi Rakyat akan diserah sepenuhnya kepada ibunya.

Menurut pengasas Misi Rakyat, perkara itu dibuat selepas ramai sebulat suara memintanya untuk memberikan sepenuhnya sumbangan kepada pihak keluarga.

“Berdasarkan hantaran di Facebook yang lepas, ramai bersetuju untuk serahkan kepada ibunya. Saya akan serahkan semuanya,” katanya dalam hantaran pada Rabu.

Katanya, sumbangan itu diberikan sepenuhnya kepada ibu Luth kerana mahu meringakan beban yang dipikul sepanjang tanggungan.

“Majoriti bersetuju untuk diserahkan kepada ibu Luth untuk selesaikan bil hospital, segala tunggakan sepanjang tanggungan.

“Malah ibu Luth juga tidak berada dalam keadaan stabil di saat ini. Maka dana ini dapat membantu selesaikan apa yang patu,” ujarnya.

https://www.facebook.com/foundermisi/videos/264342206282836

Dalam pada itu, pengasas itu turut menghubungi ibu Luth untuk menyampaikan perkara itu namun panggilan tersebut dijawab oleh adik ibu Luth.

Adik ibu Luth menzahirkan rasa syukur dengan berita tersebut dan mereka juga berhasrat untuk menyerahkan sumbangan itu kepada pesakit yang lebih memerlukan.

“Saya juga telah menghubungi ibu Luth tapi dijawab oleh adiknya.

“Saya nyatakan untuk serahkan 100 peratus dana atas persetujuan ramai dan adiknya membalas terima kasih dan akan selesaikan apa yang patut.

“Mereka berhasrat untuk serahkan kepada pesakit yang memerlukan..Jadi, saya minta mereka terima dan uruskan sendiri apa yang patut,” tambahnya.

BACA: Adik Luth Meninggal Dunia

Kebumi di Puncak Alam

Pengasas itu juga memaklumkan beliau akan melawat jenazah adik Luth untuk melihat sesi pengebumian yang dilakukan di Masjid Puncak Alam.

“Saya baru tahu rupa-rupanya warga Puncak Alam juga. Ya Allah kawasan saya sendiri.

“Malah ramai tag saya rupanya selama ni. Tapi pagi tadi jam 4 pagi baru saya perasan tentang Adik Luth.

“Saya akan melawat keluarga Luth petang ini di Masjid Puncak Alam. Adik Luth dikebumi selepas Asar,” katanya.

Terdahulu, Adik Luth dilapor telah menghembuskan nafas terakhir pada 12.14 tengah hari di Subang Jaya Medical Centre hari ini.

https://www.facebook.com/foundermisi/posts/pfbid0fEuVzkBEfzpxbL8xALGiNHbGmYPB8moeXfcRRtbxsLm1bGEp4xxf2d485mZ7iZX2l

Sumber: Founder Misi/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.