Siakap Keli
secure2u mae maybank
Gambar: Maybank

Maybank: Semua Pengesahan Secure2u Hanya Melalui Aplikasi MAE Bermula 1 Julai

Maybank: Semua Pengesahan Secure2u Hanya Melalui Aplikasi MAE Bermula 1 Julai

Malayan Banking Berhad (Maybank) pada 22 Mei telah mengeluarkan satu pengumuman penting untuk semua pelanggannya.

Melalui pengumuman berkenaan, Maybank memaklumkan pengesahan Secure2u akan dialihkan sepenuhnya kepada aplikasi MAE bermula 1 Julai.

“Hanya Secure2u melalui aplikasi MAE yang akan digunakan untuk meluluskan kesemua transaksi yang dibuat melalui web Maybank2u, atau melalui aplikasi M2U MY dan aplikasi MAE,” kata pengumuman itu.

Secure2u hanya menerusi aplikasi MAE sahaja bermula hari ini.

Difahamkan, langkah itu diambil bagi mempertingkatkan sekuriti perbankan buat semua pelanggan.

“Secure2u melalui aplikasi MAE mempunyai ciri sekuriti tambahan bagi melindungi akaun dan wang anda untuk memastikan perbankan yang terselamat.

“Peningkatan sekuriti perbankan ini adalah selaras dengan hala tuju Bank Negara Malaysia untuk memerangi penipuan kewangan,” kata Maybank lagi.

Maybank juga mengingatkan orang ramai agar segera mengaktifkan Secure2u melalui MAE kerana pengaktifan buat kali memerlukan tempoh pengaktifan selama 12 jam.

Tempoh pengaktifan selama 12 jam itu adalah bagi pengaktifan Secure2u dalam aplikasi MAE buat pertama kali dan pengaktifan Secure2u dalam aplikasi MAE untuk peranti yang baru.

Dalam tempoh pengaktifan selama 12 jam ini, sebarang transaksi tidak akan dibenarkan.

Cara mengaktifkan Secure2u menerusi aplikasi MAE adalah seperti berikut:

1. Muat turun aplikasi MAE melalui gedung aplikasi Google Playstore, Apple App Store atau Huawei AppGallery.

2. Lancarkan aplikasi MAE dan tekan Secure2u di bahagian Quick Action.

3. Tekan Activate Now untuk mengaktifkan Secure2u pada MAE.

4. Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan One Time Password (OTP) yang diterima melalui SMS.

5. Masukkan nombor ID M2U anda.

6. Sahkan nama peranti dan anda sudah bersedia menggunakan pengesahan Secure2u menerusi MAE.

Anda juga boleh merujuk video dibawah untuk langkah-langkah mengaktifkan Secure2u menerusi aplikasi MAE.

BACA: Wanita Maut Lemas, Suami & Anak Saudara Hilang Jatuh Bot Ketika Bersiar-siar Di Sungai

Sekali lagi, diingatkan semua pengguna Maybank untuk segera mengaktifkan Secure2u melalui MAE dengan segera. Semoga bermanfaat.

Sumber: Maybank

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.