Wanita Maut Lemas, Suami & Anak Saudara Hilang Jatuh Bot Ketika Bersiar-siar Di Sungai
Seorang wanita dilapor meninggal dunia akibat lemas selepas terjatuh daripada bot yang dikatakan tiba-tiba berhenti, dalam kejadian yang berlaku Sungai Kampung Kutan Hulu di Kelantan.
Menurut Sinar Harian, kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat, kira-kira 6.45 petang. Suami berserta anak saudaranya juga dilaporkan hilang dalam kejadian berkenaan.
Ketua Polis Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, mangsa yang lemas berusia 30 tahun. Manakala suami mangsa pula juga berusia 30 tahun dan anak saudara mereka, kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun.
”Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang turut bersama selamat kerana dikatakan berpegang pada stereng bot,” katanya.
Wanita maut lemas jatuh daripada bot
Menurut Amran, kesemua mangsa ketika itu dikatakan sedang bersiar-siar dengan menaiki bot dimiliki suami mangsa yang lemas di sungai tersebut.
Enjin bot berkenaan dikatakan mati secara tiba-tiba dan semua mangsa terjatuh ke sungai.
Mayat mangsa yang lemas sudah pun dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat.
Dalam pada itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Nazah Nafi memaklumkan operasi selaman oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) akan disambung semula pada pagi ini.
Menteri Besar Kelantan, turut berada di lokasi kejadian untuk menyantuni keluarga mangsa dan bertanya khabar.
BACA: Kesihatan TG Haji Abdul Hadi Awang Sedikit Merosot, Anak Mohon Doakan Kesembuhan
Sumber: Sinar Harian