Kesihatan TG Haji Abdul Hadi Awang Sedikit Merosot, Anak Mohon Doakan Kesembuhan
YB Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memaklum kesihatan ayahnya sedikit merosot dan kini sedang menerima rawatan di hospital.
Muhammad Khalil berkata demikian dalam satu hantaran facebook yang dibuat sebentar tadi.
“Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital,” katanya.
Menurutnya lagi, kehadiran ayahandanya ke pelancaran jentera pilihanraya DPPN Terengganu tempoh hari sudahpun dalam keadaan keuzuran. Walaubagaimanapun, Tuan Guru tetap menggagahkan diri untuk menghadiri program tersebut.
Justeru, Muhammad Khalil turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan ayahandanya agar segera diberi kesembuhan.
“Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada Ayahanda Tuan Guru, berkat doa yang dipanjatkan oleh kita semua,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau tidak berkongsi lebih lanjut mengenai masalah kesihatan yang dihadapi dan lokasi hospital dimana Tuan Guru kini sedang menerima rawatan.
Mohon doa & solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru @abdulhadiawang.
Kesihatan Ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini sedang menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital.
– Ustaz Khalil @KhalilAbdHadi pic.twitter.com/MJtCZXgpM0
— Syahir Sulaiman 🇲🇾 (@syahirnomic) June 30, 2023
BACA: Wanita Hilang Kaki Selepas Terjatuh Di Travelator Lapangan Terbang Bangkok
Sumber: Facebook Muhammad Khalil Abdul Hadi