Siakap Keli
kaki hilang lapangan terbang bangkok
Gambar: New York Post

Wanita Hilang Kaki Selepas Terjatuh Di Travelator Lapangan Terbang Bangkok

Wanita Hilang Kaki Selepas Terjatuh Di Travelator Lapangan Terbang Bangkok

BANGKOK, 30 Jun (Bernama-dpa) — Kaki seorang wanita terpaksa dipotong selepas terjatuh di travelator di Lapangan Terbang Don Mueang di Bangkok, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media.

Penumpang wanita itu yang identitinya belum diumumkan, terjatuh di atas laluan perjalan kaki yang bergerak mendatar pada Khamis sebelum penerbangannya ke Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand, lapor Bangkok Post, memetik perkhidmatan kecemasan.

Impak jatuh mangsa menyebabkan penutup pejalan kaki itu terbuka lalu menarik kaki kiri wanita itu ke dalam jentera.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Doktor terpaksa memotong kaki di atas lutut tanpa ada harapan ia boleh disambung semula.

Pihak berkuasa lapangan terbang, Airports of Thailand, segera mengarahkan pemeriksaan keselamatan di semua travelator di lapangan terbang berkenaan.

Sumber: BERNAMA-dpa

Aqmal Ezany

I write what is right