Siakap Keli

“Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

“Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-tiba Semua Member Lesap Diganggu Makhluk Halus!

Mungkin sudah ramai yang mengenali Wan Chai, salah seorang influencer yang terkenal di platform TikTok dengan pelbagai gelagat-gelagat lucunya yang buat ramai orang tak kering gusi apabila melihat video yang dikeluarkannya.

Wan Chai dan rakan-rakan selalu menghubungi satu sama lain melalui live, video call ataupun berjumpa terus. Tapi ada sesuatu yang berlaku ketika Wan Chai dan rakan-rakan tengah seronok buat live.

Tengah rancak-rancak sembang, tiba-tiba seorang demi seorang lesap diganggu makhluk halus. Perkara itu telah membuatkan Wan Chai kehairanan dan dia juga turut diganggu. Apa sebenarnya gangguan ini? Tetapi yang pasti, akhirnya dia berjaya menemui cara yang paling berkesan untuk menangani gangguan tersebut.

Empat influencer Tik Tok terkenal lesap satu demi satu

Begitulah sketsa yang dipertontonkan dalam satu video yang dilakonkan oleh Wan Chai serta rakan-rakannya yang juga influencer terkenal antaranya ialah Adam, Farihin dan Black.

Video tersebut bermula dengan empat orang sahabat ini sedang berborak bersahaja menerusi video call. Semasa mereka sedang rancak berborak, mereka dilihat seakan terganggu dengan sesuatu yang menjengkelkan, sesuatu yang halus. 

Ekoran daripada itu, mereka semua dapat dilihat melibas-libaskan tangan seakan mahu mengusir benda yang mengganggu mereka itu.

Diganggu makhluk halus

Dalam video berkenaan, Wan Chai dilihat seolah-olah terganggu dengan makhluk halus tersebut. Namun, setelah dilihat dengan lebih teliti, rupa-rupanya makhluk tersebut adalah nyamuk yang sedang terbang mencari mangsanya. Setelah mendapat tahu identiti makhluk tersebut, Wan Chai terus membuka langkah silatnya bagi menentang makhluk halus tersebut.

Temui Senjata Utama Tangani Nyamuk

Sambil menggunakan sebotol senjata berwarna Red & Black, Wan Chai bersama langkah silatnya mula untuk melindungi dirinya. Selepas berjaya menangani masalah makhluk halus itu, Wan Chai terus menghubungi dan menghantar penyelesaian gangguan tersebut itu kepada rakan-rakannya yang lain. Rupa-rupanya hanya perlukan kuasa Red & Black, gangguan makhluk halus berterbangan dijamin settle!

Apa yang menariknya mengenai senjata tersebut, ianya mempunyai muncung yang berkembang dan mampu untuk menghapuskan serangga terbang lebih-lebih lagi nyamuk Aedes. Lebih hebat, dengan satu serangan sahaja, musuh-musuh akan berjaya ditumbangkan dalam kadar yang segera.

Nak tahu apa pula yang terjadi pada rakan-rakan Wan Chai yang lain? Adakah tewas atau berjaya menangani gangguan nyamuk? Korang boleh tengok sambungan video ini nanti.

Bila dah tengok video kesemua mereka itu, kita dah boleh agak bahawa lepas ni dah tak akan ada masalah nak hilangkan gangguan nyamuk yang boleh terjadi pada bila-bila masa – sama ada waktu makan, tidur atau pun berehat.

Kalau korang ada masalah sama, boleh la gunakan senjata berwarna Red & Black yang sama macam dalam video tu.

Red & Black

Aqmal Ezany

I write what is right