Siakap Keli
Tips Tanam Kacang Botor

Dapat Tuai 3 Kali Seminggu, Ini Tips Tanam Kacang Botor Untuk Hasil Terbaik

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dapat Tuai 3 Kali Seminggu, Ini Tips Tanam Kacang Botor Untuk Hasil Terbaik

Sebut sahaja ulam-ulam, makanan kampung atau tradisional ini seperti tidak luput ditelan zaman. Bukan sahaja digemari oleh masyarakat di kawasan pedalaman malah ia juga popular dalam kalangan penduduk bandar.

Jika dilihat di kebanyakan premis-premis dan restoran makanan termasuk restoran mewah sememangnya menyediakan pelbagai jenis tumbuhan hijau ini.

Ulam seperti ulam raja, pucuk pegaga, pucuk ubi, petai, jering termasuk kacang botor sentiasa menjadi menu sampingan dalam hidangan setiap orang.

Bercerita mengenai kacang botor, tumbuhan ini juga dikenali sebagai kacang kelisa dan kacang kecipir. Kacang ini sentiasa menjadi pilihan kerana boleh dimakan begitu sahaja dan dimasak dalam pelbagai bentuk hidangan.

Jadi, tidak hairan mengapa tumbuhan hijau ini digemari ramai kerana ia mempunyai pelbagai khasiat.

Oleh itu, ramai mengambil pendekatan untuk menanam ulam ini di depan atau belakang halaman rumah mereka.

Namun, keadah penanamam perlulah sesuai dan tepat agar hasil tuaian pada kadar maksimum.

Sehubungan itu, hari ini pihak SK akan berkongsikan tips menanam kacang botor yang disampaikan oleh Nasrifah Saipi di bawah. Semoga bermanfaat.

BACA JUGA: Jana Pendapatan Lepas Bersara, Lelaki Kongsi Tips Tanam Petai Hingga Dapat Hasil Lumayan

Tips Tanam Kacang Botor

Gambar: Nasrifah Saipi

Tuaian di pagi hari. Sebakul penuh bayam brazil, kacang botol & pucuk kacang botol.

Tips bagi yang nak tanam kacang botol supaya berbuah dan tak mabuk daun:

Pertama, tanam di tempat yang dapat cahaya matahari penuh dari pagi hingga petang. Semua tumbuhan menjalar perlukan cahaya matahari penuh.

Kedua, sediakan trellis atau pepanjat. Yang simple dan cenonet macam sis punya pun dah ok.

Ketiga, kutip pucuknya. Sedap digoreng dan dibening. 

Keempat, buang tendrils atau sulur paut baru tanpa was-was. Biarkan nutrien difokuskan untuk penghasilan buah.

Kelima, bersabar pada peringkat permulaan. Pokok yang sis tanam ni ambil masa 3 bulan tak silap baru nampakkan hasil. So, sebelum berbuah tu, sis rajin buang pucuk.

Alhamdulillah, seminggu 2-3 kali tuai. Bolehlah untuk kegunaan keluarga kecil kami

Sumber: Nasriah Saipi via Facebook Kumpulan Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?