Siakap Keli
BNM OPR Peratus
Gambar: Bernama

BNM Dijangka Kekalkan OPR 3.0 Peratus Pada Mesyuarat Khamis Ini – OCBC

BNM Dijangka Kekalkan OPR 3.0 Peratus Pada Mesyuarat Khamis Ini – OCBC

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) — OCBC Bank menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini berikutan persekitaran momentum pertumbuhan yang perlahan serta mengurangkan tekanan inflasi.

Dalam nota tinjauannya hari ini, bank tersebut berkata pendirian tersebut juga berdasarkan data aktiviti kemasukan yang kurang memberangsangkan sejak 3 Mei lepas apabila BMN membuat kejutan dengan kenaikan sebanyak 25 mata asas  (bps) yang memaparkan momentum pertumbuhan lebih perlahan dalam suku kedua 2023 dan bagi membendung tekanan inflasi.

“Atas alasan itu, kami mengandaikan 70 peratus kemungkinan untuk BNM mengekalkan kadar OPR dalam mensyuarat itu serta kebarangkalian sebanyak 30 peratus membabitkan kenaikan 25 bps untuk kali kedua berturut-turut,” katanya.

BACA JUGA: BNM Kekal OPR Pada 2.75 Peratus

OCBC berkata terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kenaikan itu.

Menurutnya, inflasi teras misalnya berkurangan berbanding inflasi keseluruhan namun hala tuju sedia ada menunjukkan tekanan inflasi berkenaan semakin mereda.

“Impak lebih besar terhadap inflasi itu berkemungkinan daripada subsidi bahan api bersasar yang masih dibincangkan sekarang.

“Berikutan itu, pada pandangan kami, risiko terhadap langkah tambahan mengetatkan dasar akan meningkat secara ketara jika tekanan inflasi terus meningkat akibat pelaksanaan subsidi bahan api bersasar,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?