Siakap Keli
Fungsi dua lubang kasut converse
Kredit Pexels

Bukan Saja-Saja Letak, Ini Rupanya Fungsi Dua Lubang Pada Sisi Kasut “Converse”

Bukan Saja-Saja Letak, Ini Rupanya Fungsi Dua Lubang Pada Sisi Kasut “Converse”

Pemilihan kasut yang betul dapat memberikan pengalaman yang menarik buat pemakainya tanpa mengalami sebarang masalah seperti sakit kaki dan kulit melecet.

Pemilihan kasut sangat penting terutamanya sewaktu anda ingin pergi melancong atau melakukan aktiviti yang memerlukan anda banyak bergerak.

Jika tersalah pilih, pengalaman melancong anda mungkin tidak akan menarik berikutan mengalami kesakitan atau tidak keselesaan.

Bercakap soal kasut, bagi penggemar kasut jenama Converse mesti perasan dan pernah melihat kewujudan dua lubang di sisi kasut berjenama tersebut.

Kredit The SUN

Namun apa kegunaan dua lubang berkenaan? Saja diletakkan sebagai fesyen atau ada sebab lain?

Justeru penulisan pada hari ini akan berkongsikan fungsi dan sebab kenapa syarikat kasut berjenama tersebut menonjolkan ciri berkenaan.

Pengasas Converse

Sebelum kita pergi kepada kegunaan dua lubang tersebut, mari kita kenali terlebih dahulu berkenaan jenama terkenal Converse ini.

Converse telah diasaskan oleh Marquis Mills Converse pada tahun 1908 di Malden, Massachusetts.

Pada awalnya, label itu dikenali sebagai “Syarikat Converse Rubber” dan inventori terawalnya termasuk kasut dan berfungsi seperti but kulit memburu dan kasut tenis.

Kejayaan paling memberangsangkan adalah dengan perkenalan produk Converse Chuck Taylor All-Star pada tahun 1917. Perkenalan produk itu ketika Perang Dunia I dan wabak selesema Sepanyol dikatakan merupakan satu kejayaan terbesar syarikat tersebut.

Kredit The Converse Archive

Sehingga kini, produk berkenaan masih lagi mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat kasut jenama Converse tersebut.

Dua kegunaan utama lubang pada sisi kasut

Pada awalnya, kasut Converse dikenali sebagai kasut bagi sukan bola keranjang. Jadi lubang tambahan tersebut sebenarnya berfungsi untuk pengudaraan yang membolehkan kaki pemain bernafas.

Seperti yang diketahui oleh ramai pemakai kasut itu, jika anda banyak berjalan, maka kaki anda boleh menjadi panas dan berpeluh.

Kredit Shutterstock

Lubang itu boleh membantu mengedarkan udara semasa anda bergerak dan mengelakkan kaki anda daripada terlalu panas dan berbau.

Sehubungan dengan itu, lubang pengudaraan tersebut didakwa dapat membantu dan menghalang kaki anda daripada berpeluh semasa berjalan atau melakukan aktiviti lasak.

Penggunaan kedua bagi lubang berkenaan bersifat lebih kreatif yang direka bagi membolehkan anda mendapatkan imaginasi teknik mengikat tali kasut anda.

BACA: Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Malah, teknik atau tutorial mengikat tali kasut menggunakan dua lubang tersebut turut dilakukan oleh ramai pengguna menerusi perkongsian video di laman YouTube.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan telah menunjukkan kepada penonton caranya menggunakan lubang itu untuk mengikat tali kasutnya.

Macam mana, menarik tak perkongsian pada hari ini?

Semoga penulisan ini dapat memberikan ilmu yang baharu kepada semua pembaca.

Sumber: InStyle, Tyla, Marie Claire, The SUN, Azmi Kasoot/YouTube

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.