Siakap Keli
selangor keputusan tarif air
Kredit: Bernama

Selangor Tidak Buat Sebarang Keputusan Untuk Tingkat Tarif Air

Selangor Tidak Buat Sebarang Keputusan Untuk Tingkat Tarif Air

SHAH ALAM, 4 Julai (Bernama) — Kerajaan Selangor menegaskan tidak membuat sebarang keputusan untuk meningkatkan tarif air di negeri ini, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkata ia berikutan tarif air adalah perkara dasar yang memerlukan keputusan dan kelulusan pentadbiran negeri.

“Kerajaan Selangor komited untuk memastikan sistem perkhidmatan air yang menyalurkan air kepada lebih 8.4 juta penduduk di negeri Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya terus diperkukuhkan.

Fokus utama pentadbiran ini adalah untuk menyokong usaha kelangsungan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amirudin berkata demikian bagi mengulas mengenai beberapa laporan berita yang mendakwa bahawa tarif air di Lembah Klang akan meningkat tahun ini.

BACA: Bukan Saja-Saja, Begini Cara Kod Panggilan Setiap Negara Ditentukan

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.