Siakap Keli
cara kod panggilan negara ditentukan
Kredit: Bernama

Bukan Saja-Saja, Begini Cara Kod Panggilan Setiap Negara Ditentukan

Ingat Saja-Saja, Begini Cara Kod Panggilan Negara Ditentukan

Perasan atau tidak, semua nombor telefon peribadi di Malaysia bermula dengan (+60). Tidak kiralah nombor peribadi ataupun nombor pejabat, kod ini seragam di seluruh negara.

Begitu juga dengan nombor-nombor telefon dari negara lain, pasti dimulai dengan sekurang-kurang dua nombor yang sama. Cumanya, ia berbeza dengan kod di Malaysia.

Misalnya (+65) untuk Singapura, (+62) untuk Indonesia dan (+66) untuk Thailand.

Jika diperhatikan kod-kod ini, sudah tentu ada yang tertanya-tanya, dari mana datangnya nombor-nombor ini dan siapakah yang menentukannya?

Percaya atau tidak, sebenarnya ada yang yang berpendapat bahawa nombor ini diberikan secara rawak dan setiap negara menentukan sendiri kod nombor masing-masing.

Namun, sangkaan tersebut ternyata sama sekali meleset, kerana ada sebuah organisasi yang menyusun atur kod panggilan negara secara sistematik.

Organisasi tersebut adalah Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), sebuah agensi antarabangsa di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Secara umumnya, ITU bertanggungjawab dalam memudahkan ketersambungan antarabangsa dalam rangkaian komunikasi.

Badan ini juga memperuntukkan spektrum radio global dan orbit satelit, membangunkan piawaian teknikal yang memastikan rangkaian dan teknologi saling bersambung dengan lancar. Organisasi ini juga berusaha untuk meningkatkan akses kepada ICT kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan di seluruh dunia.

Cara kod panggilan negara ditentukan menerusi pembahagian kawasan yang dilakukan oleh ITU

Bagi konteks kod panggilan negara pula, ITU telah membahagikan dunia kepada sembilan buah bahagian. Bahagian pertama menempatkan negara-negara yang menjadi sebahagian daripada North American Numbering Plan (NANP).

Semua negara NANP memilik angka satu (+1) pada awalan seperti Kanada, Amerika Syarikat, Barbados dan Jamaica.

Bahagian kedua pula melibatkan kod panggilan negara bagi negara-negara yang berada dalam benua Afrika.

Sebahagian negara memiliki dua digit pada awal kod panggilan menakala ada sesetengah negara yang menggunakan tiga digit awalan. Hal ini dapat dilihat menerusi contoh: Senegal (+221), Cameeron (+237) dan Mesir (+20).

Bagi bahagian yang menggunakan digit awalan tiga (3) dan empat (4), kebanyakan negara yang menggunakan kod tersebut merupakan negara-negara Eropah.

Seterusnya, bahagian kelima yang menggunakan angka lima (5) sebagai digit awalan adalah negara-negara  yang berada dalam Amerika Selatan serta sebilangan negara dari Amerika Utara yang bukan sebagaian daripada NANP.

Kita dapat melihat corak yang sama bagi beberapa bahagian yang lain seperti, enam (6) yang menempatkan negara-negera Asia Tenggara dan Oceania. Tujuh (7) bagi negara bekas Soviet Union, lapan (8) bagi negara Asia Timur dan akhir sekali, sembilan (9) bagi negara-negara Asia Selatan dan Timur Tengah.

Dapat disimpulkan, kod awalan setiap negara ditentukan dimana lokasi negara itu berada. Misalnya jika berada di Asia Tenggara, kod yang diberikan adalah +6.

@kilatkilau

Kenapa nombor telefon di Malaysia bermula dengan +60

♬ original sound – KilatKilau – KilatKilau

Itulah jawapannya. Semoga menjawab pertanyaan anda.

BACA: Baru Tahu, Rupanya Ini Beza Diesel Hos Biru Dengan Hos Hitam

Sumber: ITU, @kilatkilau via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma