Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

“Saraf Mata Dia Tak Function,” Nurul Zahid Dedah Bapa Baru Lepas Jalani Pembedahan Mata
KUALA LUMPUR — Anak sulung Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah hari ini tampil memberikan penjelasan berhubung punca mata bapanya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kelihatan bengkak dan lebam.
Perkara itu telah mencuri tumpuan seluruh rakyat Malaysia sejak beberapa hari lalu dan akhirnya ia terungkai.
Saraf Mata Ahmad Zahid Tak Berfungsi
Kata Nurul, bapanya kini berdepan dengan saraf mata yang tidak berfungsi.
Beliau memaklumkan perkara tersebut selepas memberikan komen terhadap pertanyaan mengenai bapanya di akaun Instagram rasmi miliknya.
“Iya.. saraf mata dia tak function.. tu mata dia jadi jatuh. Buat muka buat apa bukan Super Star pun.. kalau sampai mudarat sebab saraf mata kena la buat sesuatu,” katanya di ruangan komen.
Walau bagaimanapun, dia menjelaskan bapanya kini dalam fasa pemulihan selepas melakukan pembedahan mata.
Dalam masa yang sama, Nurul juga memaklumkan bahawa sebagai ahli politik, bapanya memikul tanggungjawab yang besar dan diamanahkan.
“Jadi orang politik dan pekerja kerajaan mana boleh cuti lama-lama. Mengeluh dan complain pun tak boleh.
“Tanggungjawab besar. Selain dia pikul tanggungjawab yang diamanahkan, kerja dia sahaja memang amanah dari Allah. Jadi kena la kuat semangat,” komen Nurul Hidayah dalam hantarannya.
Nurul Hidayah hari ini memuat naik gambar bersama ibu bapanya di platform media sosial berkenaan.
“Gambar ni memang gambar screen saver sejak 3 tahun lepas.
“Balik dan sampai Malaysia baru saya buka dan baca cerita-cerita politik sebab tak nak ganggu fokus saya pada Dia.
“Apa yang saya boleh komen, sebagai anak saya hanya ada doa. Doa untuk kebaikan Mak Abah. Ujian tetap ujian tetapi pasti Allah tidak akan bebankan mereka dengan ujian yang tak sanggup mereka hadapi,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menurut laporan Astro Awani, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dilaporkan bercuti selama dua minggu sebelum ini.
Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mencuri tumpuan seluruh rakyat apabila ‘comeback’ dengan mengenakan kaca mata hitam.
Beliau hadir sewaktu merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di ibu negara pada 26 Jun lalu.
Walau bagaimanapun, tanda-tanya terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu akhirnya terjawab selepas beliau tidak lagi mengenakan kaca mata hitam sejak beberapa hari yang lalu.
Sumber: Instagram Nurul Hidayah